Monday, August 31, 2009

HARI KELUARGA JABATAN PJK

Kesempatan diambil dengan aktiviti pertandingan boling di Pusat boling Diman, Stadium Sultan Mizan. Bukan kemenangan yang diharapkan tetapi tujuan sebenarnya untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim keluarga pensyarah jabatan PJK.

Anak-anak lebih bersemangat untuk bergambar diikuti kaum ibu yang setia menemani suami masing-masing.

Tuesday, August 18, 2009

AZRIN: GONDOL PINGAT PERAK ACARA JALAN KAKI


Acara yang berlangsung di kejohanan Kagum 2009 di Stadium Bandar Penawar, Kota Tinggi. Azrin berjaya memperoleh pingat perak dalam acara jalan kaki 5,000 meter. Beliau tidak dapat menandingi atlet dari IPGMRM. Namun begitu beliau sangat berpuashati kerana dapat menamatkan jarak tersebut walaupun tidak pernah menghabiskan jarak tersebut semasa menjalani latihan.

Saya selaku jurulatih amat berpuashati dengan pencapaian Azrin kerana sepanjang sesi latihan beliau tidak dapat menamatkan jarak yang sepatutnya kerana kekangan waktu yang terlalu sibuk dengan tugasan peribadi seperti terpaksa menghadiri kuliah, menyiapkan tugasan, gerko dan kelas pendidikan jasmani. Saya berharap beliau dapat meneruskan perjuangannya dan akan dapat menyertai kejohanan Kagum pada tahun depan yang dijangkakan berlangsung di Sarawak.

FORUM KEMEROSOTAN SUKAN TANAHAIR


Forum berlangsung di Dewan Rahman Talib, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Para panel terdiri daripada Prof.Madya Dr.Jabar bin Hj.Johar, Dato'Siah Kok Chi setiausaha kehormat MOM dan Dr.Anuar Suun dari Majlis Sukan Negara. Banyak isu yang diketengahkan dan mendapat sambutan hangat daripada para penonton. Persoalan yang ditimbulkan dijawab oleh para panel dengan baik. Para hadirin sangat berpuashati dan mengharapkan agar program seumpama ini dapat dianjurkan lagi.

Monday, August 17, 2009

KENANGAN DI PULAU LANGKAWI


LANGKAWI; Bersama rakan-rakan panel penggubal soalan Sains Sukan SPM dan STPM 2007. Ketua penggubal, En.Wan Azlin yang bertugas di SMK Putra, Kota Bharu berasa gembira kerana dapat menyiapkan tugasan yang diamanahkan oleh JPN Negeri Kelantan untuk menyiapkan modul soalan Sains Sukan. Gambar dirakam di Dataran Lang, Langkawi pada waktu petang setelah penat memerah otak untuk menyiapkan tugasan.

En.Wan Mohd Zil selaku setiausaha menggubal soalan pada kali ini amat berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan kerana sanggup meninggalkan keluarga semata-mata untuk menggubal soalan. Soalan tersebut akan digunakan untuk peperiksaan percubaan SPM peringkat negeri Kelantan yang berlangsung pada bulan Oktober 2007. Kami menjalankan tugasan tersebut selama 4 hari 3 malam sebelum bertolak pulang bersama-sama dengan barang-barang yang dibeli di Pekan Kuah. Kami juga tidak ketinggalan melawat tempat-tempat yang bersejarah seperti Makam Mahsuri, Perkampungan Beras Terbakar, Padang Mat Sirat dan banyak lagi. Kenangan bersama para penggubal tersemat dalam album sanubari sehingga ke akhir hayat.

Sukan dan Rekreasi Pulau Perhentian

29 JULAI 2009: Pulau Perhentian menggamit saya dan guru-guru pelatih IPGM Kampus Kota Bharu, opsyen BM/Muzik dan Pendidikan Khas ke sana. Keriangan terpancar di wajah masing-masing untuk menjejak kaki di pulau yang indah itu. Cuaca yang elok pada hari itu menceriakan lagi perjalanan kami ditambah pula ini merupakan kali pertama pelajar-pelajar saya menjejakkan kaki di pulau tersebut. Antara aktiviti yang akan dijalankan di pulau tersebut termasuklah snokling, berkayak, jungle treking dan banyak lagi. Semoga pengalaman kami akan menjadi satu kenangan yang abadi.