Tuesday, September 8, 2009

REKREASI BERKAYAK DI TASIK AGRO RESORT.

Walaupun tidak sesusah berkayak di lautan dengan ombak dan panas, berkayak di tasik juga mempunyai sedikit masalah. Maklumlah inilah kali pertama berkayak. Pengayuh simpang siur dibuatnya macam nak berperang. Nak ke kiri dikayuhnya ke kanan dan sebaliknya. Kekadang sakit perut juga tengok gelagat mereka berdayung. Sampai ada di kalangan mereka kayuh kayak bukannya ke depan tetapi undur ke belakang. Tidak terkecuali juga ada yang melanggar tebing dan kayak rakan yang berhampiran.

Yang paling melucukan ialah ada di kalangan pelajar yang tidak dapat mengawal pergerakan kayak yang menyebabkan kayak yang mereka naiki berpusing di tempat yang sama tanpa bergerak ke hadapan atau ke belakang. Itu semua bukanlah permasalahan utama, yang penting mereka semua menunjukkan kesungguhan dan semangat yang tinggi untuk belajar berkayak dengan baik. Tahniah...

REKREASI: Pelajar PPISMP PKhas dan PMulihan.

Agro Resort Terengganu merupakan tempat pilihan bagi pelajar IPGM Kampus Kota Bharu mengikuti Program Rekreasi. Pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar kursus PPISMP Pendidikan Khas dan Pemulihan.

Para pelajar sedang berakit yang mana mereka sendiri yang membina rakit tersebut yang terdiri dari tiub tayar lori dan batang paip. Kemahiran membuat rakit tersebut telah diberi tunjuk ajar oleh jurulatih yang berpengalaman di Agro Resort tersebut.

Aktiviti tersebut mengkehendaki pelajar membina rakit dan mereka akan berlumba mengelilingi sebuah pulau buatan sebanyak dua pusingan. Aktiviti tersebut sangat memenatkan namun kepuasan terpancar di wajah para pelajar kerana mendapat pengalaman baru.

Tuesday, September 1, 2009

AMALI OLAHRAGA: MAJOR PJ AMBILAN 2008

Sempat juga bergambar walaupun dalam keadaan gemuruh dan penat dengan amali yang berlangsung. Ujian 2.414 kilometer merupakan acara wajib dilalui oleh semua pelajar untuk lulus wajib amali olahraga.

Lihat pada wajah bebudak ni macam tak ada apa yang berlangsung. Ceria tetap diutamakan walaupun amali sedang berjalan. Maklumlah sudah lama mereka bersedia untuk diuji. Tahniah diucapkan.

KURSUS PEDAGOGI ASAS RENANG PENSYARAH IPGM

Sebahagian pensyarah yang sedang mengikuti kursus asas renang di Pusat Akuatik, Bukit Jalil. Peserta kursus didedahkan dengan teknik-teknik asas renang yang mesti dikuasai oleh para pensyarah. Ini adalah kali pertama saya dapat berenang di Pusat Akuatik tersebut. Lama dah tak berenang, semput juga dibuatnya. Maklumlah berenang di kolam renang tak sama berenang di sungai, tasik maupun laut. Tapi itu tak kisah asalkan objektif pembelajaran pada kali itu telah tercapai walaupun tidak sepenuhnya. Terima kasih leee IPGM Kota Bharu khasnya Ketua Jabatan PJK kerana calonkan saya sebagai peserta.