Monday, July 25, 2011


Antara aktiviti yang memberi satu cabaran yang tinggi kepada semua peserta kursus Pendidikan Luar Pra Sekolah ialah abseiling. Walaupun diuji dengan ketakutan tetapi peserta ini dapat melakukan abseiling dengan penuh bergaya.

Syabas diucapkan kepada ustazah kerana berjaya melakukan aktiviti abseiling dan walaupun muka nampak pucat tetapi hati tetap riang dan seronok. Itulah yang kita kehendaki.

PL KEMAS PERPADUAN 2010

7 Julai 2011; Pra Sekolah KDPM KDC menjalani Kursus Pendidikan Luar di Pulau Perhentian selama 4 hari 3 malam. Antara aktiviti yang mesti dilalui oleh semua peserta ialah abseiling, skorkeling, berkayak, ekspidisi, konservasi, jalan lasak dan banyak lagi. Semua aktiviti amat teruja bagi peserta yang buat kali pertama menjejak kaki di Pulau Perhentian.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana telah berjaya menamatkan kursus tersebut. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Jabatan Kemajuan Masyarakat dan Institut Pendidikan Guru yang banyak memberi kerjasama kepada Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPGKKB.