Monday, July 25, 2011


Antara aktiviti yang memberi satu cabaran yang tinggi kepada semua peserta kursus Pendidikan Luar Pra Sekolah ialah abseiling. Walaupun diuji dengan ketakutan tetapi peserta ini dapat melakukan abseiling dengan penuh bergaya.

Syabas diucapkan kepada ustazah kerana berjaya melakukan aktiviti abseiling dan walaupun muka nampak pucat tetapi hati tetap riang dan seronok. Itulah yang kita kehendaki.

PL KEMAS PERPADUAN 2010

7 Julai 2011; Pra Sekolah KDPM KDC menjalani Kursus Pendidikan Luar di Pulau Perhentian selama 4 hari 3 malam. Antara aktiviti yang mesti dilalui oleh semua peserta ialah abseiling, skorkeling, berkayak, ekspidisi, konservasi, jalan lasak dan banyak lagi. Semua aktiviti amat teruja bagi peserta yang buat kali pertama menjejak kaki di Pulau Perhentian.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana telah berjaya menamatkan kursus tersebut. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Jabatan Kemajuan Masyarakat dan Institut Pendidikan Guru yang banyak memberi kerjasama kepada Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPGKKB.

Wednesday, November 10, 2010

Kota Kinabalu; 27 Oktober 2010, antara pensyarah yang akan mendaki bersama pelajar untuk menawan puncak Gunung Kinabalu. Sempat bergambar di tempat penginapan sementara menunggu bas untuk bertolak ke kaki gunung.

Pendakian mengambil masa selama 5 atau 6 jam untuk sampai ke Laban Rata tempat rehat dan akan meneruskan pendakian pada jam 2.30 pagi ke puncak gunung kinabalu.

Cabaran yang akan ditempuhi ialah keadaan cerun yang curam dan cuaca yang sejuk ditambah pula dengan musim hujan yang menambahkan lagi kesejukan.
27 Oktober 2010; berjaya menawan puncak tertinggi di Asia, Gunung Kinabalu bersama pelajar-pelajar Major PJ IPG Kampus Kota Bharu.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini terutama Pengarah Institut yang banyak membantu.

Kebanggaan dan kepuasan terpancar pada wajah semua mereka yang telah berjaya memijakkan kaki di puncak. Seramai 35 orang pelajar dan 6 orang pensyarah berjaya menjejakkan kaki di puncak Gunung Kinabalu tanpa sebarang masalah. Tahniah kepada semua. Anda adalah yang terhebat.

Friday, December 25, 2009

Bergambar semasa Majlis Perasmian Penutupan Sukan dan Rekreasi di Pulau Perhentian.
Kenangan manis dan pahit tidak akan dilupakan dan akan dijadikan panduan hidup. Para pelajar PPISMP BM/Muzik dan Pen.Khas Sem 2 Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, antara yang terlibat dalam program pada kali ini.

Perkara yang tidak dapat dilupakan ialah ketika para pensyarah dan pelajar di landa ribut dan hujan yang mengakibatkan sebahagian besar khemah rebah, pakaian basah kuyup dan tidur dalam kesejukan pada malam tersebut.

Itulah pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh pelajar yang sebelum ini tidak pernah mengalami keadaan seperti itu. Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada semua pelajar kerana berjaya menghabiskan masa perkhemahan tersebut dengan cemerlang.

Thursday, December 24, 2009

PIKUL DUA TUGAS PENTING IPG

Pikul dua tanggungjawab serentak; sebagai pensyarah di Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan sebagai Jurulatih Ko-kurikulum di Unit Ko-Kurikulum IPG Kampus Kota Bharu. Namun begitu tidak menjadi beban kepada barisan pensyarah kerana apa yang penting tujuan utama mereka untuk mendidik dan mencurahkan ilmu kepada pelajar terlaksana dengan jayanya tanpa mengharap balasan dan pujian daripada pihak lain. Tahniah Jabatan PJK dan Unit Gerko Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431H dan Tahun Baru 2010 Masihi.

UNIT KO-KURIKULUM IPG KOTA BHARU

Barisan pensyarah Unit Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu.

Duduk dari kiri: En.Wan Zamri bin Wan Muhamad, Tn.Hj.Wan Mohd Zil bin Wan Salleh, En.Mohd Noorlan bin Zakaria, En.W.Mohd Din bin Wan Mohamad (Ketua Unit Kokurikulum) dan Tn.Hj.Mohd Noor bin Awang.

Berdiri dari kiri: En.Wan Suhaimi bin Wan Setapa, En.Khairul Azman bin Khairudin dan En.Che Kamaruddin bin Che Mamat.

Unit Kokurikulum IPG Kampus Kota Bharu ingin mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan semua program yang dianjurkan oleh Unit Gerko. Tidak lupa juga kepada Tuan Pengarah IPG Kampus Kota Bharu yang banyak memberi sokongan dalam bentuk kewangan dan penghargaan kepada Unit ini yang diteraju oleh Ketua Unit dengan bantuan rakan-rakan pensyarah/jurulatih kokurikulum.