Saturday, March 3, 2012

ELEMEN DALAM PERGERAKAN KREATIF

Terdapat 6 elemen dalam pergerakan kreatif iaitu ruang, masa, bentuk badan, beban, aliran dan irama.

Dalam elemen ruang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu ruang diri dan ruang am, ataupun kita boleh guna perkataan lain iaitu ruang terus dan ruang tidak telus. Untuk ruang diri adalah merujukan kepada bahagian yang ada pada sekeliling badan pada seseorang ataupun kawasan sekeliling yang boleh seseorang sampai pada satu bahagian. Maka dalam kedua-dua bahagian ruang am dan ruang sendiri mempunyai suatu had iaitu lantai, bumbung dan dinding.

Di samping itu, kedua-dua jenis ruang mempunyai tiga tahap. Pada keadaan tahap tengah ialah seseorang sedang berdiri tengak dan apa-apa sahaja bahan yang dekat dengan aras lantai adalah dikatakan tahap bawah. Manakala apa-apa koordinasi atau pergerakan yang melibatkan aras tinggi adalah dikatakan pada aras tinggi.

Elemen ruang juga boleh dikatakan koordinasi badan terhadap sesuatu arah contohnya depan, kiri, kanan dan belakang. Dengan mempunyai pergerakan yang asas ini dapatlah boleh mewujudkan satu combinasi antara semua pergerakan tersebut menjadi satu pergerakan yang melibatkan ruang am contohnya, pergerakan dengan berjalan lurus ke depan, berjalan berbentuk ular atau berjalan berbentuk zigzag.

Untuk elemen kedua adalah badan atau bentuk badan. Elemen ini telah menunjukkan tentang bentuk gaya boleh dilakukan pada seseorang individu dengan menggunakan seluruh anggota badannya. Maka dalam elemen badan terdapat dua bahagian mengenainya iaitu keseluruhan tubuh badan dan bahagian tubuh badan. Untuk keseluruhan tubuh badan adalah menyatakan bahawa pergerakan yang dilakukan oleh seseorang dengan menggunakan keseluruhan tubuh badan dan gerakan akan berhenti daripada bergerak secara bebas dan terkawal. Pergerakan yang dilakukan amat berkaitkan dengan pertubuhan seseorang kanak-kanak pada aspek lokomotor dan bukan lokomotor. Contoh aktivitinya adalah gaya pergerakan berjalan boleh dijalankan secara bebas atau terkawal. Selain itu pergerakannya boleh berubah-ubah dengan bergerak berjalan dan berhenti mengikut rangsangan yang diberikan misalnya, muzik.

Manakala untuk bahagian tubuh badan adalah menyatakan tentang pergerakan yang dilakukan dengan menggunakan mana-mana satu atau kesemua daripada anggota tubuh badannya untuk membentuk sesuatu atau sejenis bentuk objek. Misalnya, dengan menggunakan anggota bahagian tangan dan kaki untuk membentuk satu jenis barang iaitu meja ataupun sejenis haiwan seperti kucing. Pergerakan ini adalah memberi persediaan tubuh badan untuk menyokong, memindah dan menerima berat badan. Bahagian tubuh badan yang digunakan perlu dikenal pasti sebelum melakukan sebarang pergerakan mengikut rangsangan yang diberikan. Contohnya, pergerakan merangkak seperti kucing berjalan, bahagian tubuh badan yang dikenal pasti adalah tangan, tapak tangan dan lutut.

Elemen seterusnya dalam pergerakan kreatif adalah elemen masa. Elemen masa adalah saling berhubungan kait dengan kelajuan sama ada cepat atau lambat tentang sesuatu gaya bentuk pergerakan. Pergerakan ini bukan sahaja mengenai pergerakan semata-mata cepat atau lambat tetapi juga merangkui proses antara kelajuan lambat hingga cepat. Contohnya seorang kanak-kanak sedang berimaginasi bahawa dia adalah seorang peninju yang ingin menggerakkan tangan dengan pantas untuk menumbuk. Manakala seorang kanak-kanak berimaginasi seperti seekor burung yang sedang ingin mendarat, maka dia akan berasa bahawa pergerakan tersebut adalah lambat.

Elemen keempat ialah elemen beban atau tekanan. Dalam elemen beban adalah berkaitan tentang aspet berat dan ringan dalam pergerakan yang dilakukan dan dikawal oleh seseorang otot-otot anggota tubuh badan. Maka kesan daripada beban ini akan menghasilkan kesan halus-ringan dan berat-kuat kepada pergerakan yang dilakukan. Contohnya, dalam aspek berat- kuat, seseorang budan lelaki akan berimaginasi bahawa dia sedang mengangkat berat maka budak lelaki akan berfikir dan berasa pemberat itu sangat berat dan perlu menggunakan seluruh kekuatan badannya untuk mengankatnya. Manakala untuk aspek halus-ringan, adalah seseorang budan akan berimaginasinya yang dia sedang menyelam dalam air, maka dia akan berasa bahawa badannya adalah sangat ringan semasa dalam keadaan yang menyelam dalam air.

Elemen kelima adalah elemen aliran. Elemen aliran ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu elemen bebas dan elemen terikat. Elemen bebas adalah merujukan bahawa seseorang budak yang sedang melakukan pergerakan secara bebas apa-apa sahaja bentuk gaya seperti melompat di atas udara dan berlari dengan cepat dari suatu tempat ke tempat yang lain.

Pergerakan amat sukar dihentikan dengan serte merta. Manakala untuk aliran terikat adalah pergerakan yang lambat seperti berjalan kerana pergerakan ini mudah berhenti dan badan adalah berada dalam keadaan seimbang.

Elemen terakhir ialah elemen irama. Elemen irama sentiasa dapat dihubung kaitkan dengan elemen masa. Elemen irama bukan semata-mata hanya saling berkait dengan aspek muzik tetapi ia juga berkaitan dengan bentuk irama lain dalam kehidupan seharian kita. Misalnya, perkataan juga merupakan atau membentuk sebagai irama untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti berkaitkan dengan lokomotor. Contohnya bermain aktiviti tepuk tangan untuk demostrasi irama perkataan. Duduk dalam keadaan bulatan, kemudian sebutkan nama masing-masing sambil menepuk tangan. Selepas orang pertama habis sebut namanya, orang kedua akan sambung dengan tepuk tangan dengan sebut namanya. Proses langkah ini dilakukan sehingga habis dalam satu pusingan. Dengan menggunakan aktiviti tepuk tangan dengan berirama untuk menyebut nama masing-masing dapatlah melatih pada aspek lokomotor kanak-kanak di samping juga dapat mengikut irama yang betul.

APA ITU DEMAM?

Demam adalah suatu keadaan di mana suhu badan melebihi 370C disebabkan oleh jangkitan atau keradangan.

Tanda dan gejala

  1. Badan panas bila disentuh
  2. Pernafasan meningkat
  3. Muka menjadi merah
  4. Tidak aktif dan lemah, sentiasa mahu tidur
  5. Resah gelisah
  6. Tiada selera makan
  7. Menggigil

Tindakan yang di ambil

  1. Biarkan pesakit berehat di tempat yang mempunyai peredaran udara yang baik.
  2. Pakaikan pakaian nipis.
  3. Beri minum air yang banyak.
  4. Beri ubat menurut arahan
  5. Mandi berjelum (mandi lap) jika suhu melebihi 380C.

Amaran

Sila bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera sekiranya :-

  1. Anak anda mempunyai suhu yang tinggi kerana suhu yang tinggi berpanjangan boleh mengakibatkan sawan.
  2. Demam yang berlarutan melebihi 3 hari, terutama sekiranya terdapat lapuran kes demam denggi, malaria atau sebarang penyakit bawaan nyamuk dikawasan sekitar.

Jenis

Pola perubahan suhu mungkin sekali-sekala membayangkan diagnosis perubatan:

  • Demam terhenti-henti: Suhu tinggi hanya hadir bagi beberapa jam sehari dan normal pada waktu yang lain, contoh. malaria, kala-azar, pyaemia, atau septicemia. Dengan malaria, mungkin terdapat demam dengan tempoh 24 jam (harian / “quotidian”), 48 jam (demam setiap dua/tiga hari (“tertian”)), atau 72 jam (demam setiap tiga/empat hari (“quartan”), menunjukkan Plasmodium malariae). Pola ini mungkin kurang jelas bagi pengembara.
  • Demam Pel-Ebstein: Demam khusus yang dikaitkan dengan lymphoma Hodgkin, demam tinggi pada satu minggu dan renda pada minggu berikut dan seterusnya. Bagaimanapun, terdapat perdebatan samaada pola ini benar-benar wujud.
  • Demam berpanjangan: Suhu yang kekal melebihi normal sepanjang hari dan tidak berbeza melebihi 1 dalam 24 jam, contoh. lobar pneumonia, demam kepialu, jangkitan salur kencing, brucellosis, atau tifus. Demam kepialu mungkin menunjukkan pola demam khusus, dengan peningkatan bertingkat perlahan, dan puncak yang tinggi.
  • Demam Naik turun (“Remittant”): Suhu kekal melebihi normal sepanjang hari dan naik turun lebih dari 1 dalam 24 jam, contoh. Jangkitan endokarditis.

Demam neutropenik, juga dipanggil febrile neutropenia, adalah demam tanpa kehadiran fungsi system imunisasi normal. Disebabkan ketiadaan neutrophil melawan bakteria, jangkitan bacteria boleh merebak dengan pantas dan demam ini biasanya dianggap kecermasan perubatan. Demam ini lebih biasa dilihat pada mereka yang menerima kemoterapi pemendam imunisasi berbanding mereka yang sihat.

Febricula adalah demam serdahana jangka pendek, punca tidak jelas, dan tanpa pathologi jelas.

Hiperpyrexia

Hiperpyrexia merupakan demam dengan suhu badan amat tinggi sama atau melebihi 41.5 °C (106.7 °F). Suhu tinggi sedemikian di anggap kecermasan perubatan kerana ia mungkin menunjukkan keadaan sebenar yang serius atau membawa kepada kesan sampingan yang besar.[9] Punca biasa adalah pendarahan otak (“[intracranial hemorrhage”). Punca lain yang mungkin termasuk sepsis, sindrom Kawasaki, sindrom maligan neuroleptik, kesan dadah, sindrom serotonin, dan rebut thyroid. Jangkitan merupakan punca biasa demam ketika suhu meningkat punca lain menjadi semakin biasa. Jangkitan yang dikaitkan dengan hiperpyrexia termsauk: roseola, rubeola dan jangkitan enteroviral. Penyejukan aggresif segera ke bawah <38.9 °C (102.0 °F) di dapati meningkatkan peluang terselamat. Hiperpyrexia berbeza dari hiperthermia dari segi bagi hiperpyrexia mekanisma pengawal suhu badan meletakkan suhu badan melebihi suhu normal dan kemudian menghasilkan haba bagi mencapai suhu ini, sementara bagi hiperthermia suhu badan meningakt melebihi titik suhu ditetapkan oleh badan manusia..

Hiperthermia

Hiperthermia berpunca dari beberapa sebab termasuk "heatstroke", sindrom maligan neuroleptik, hyperthermia maligan, perangsang seperti amphetamine dan kokain, tindak balas dadah idiosyncratic, dan sindrom serotonin.

Kegunaan

Terdapat pertikaian menyokong dan menolak kepentingan demam, dan isu ini adalah kontrovesi. Kajian ini menggunakan haiwan bertulang belakang berdarah panas dan manusia in vivo, dengan sesetengah mencadangkan mereka sembuh lebih cepat dari jangkitan atau penyakit kritikal kerana demam. Kajian Findland mencadangkan pengurangan kematian bagi jangkitan bacteria apabila demam hadir.

Secara teori, demam mampu membantu dalam pertahanan badan. Terdapat sesetengah tindak balas imunisasi penting yang dipertingkatkan oleh suhu, dan sesetengah pathogen dengan kecenderungan suhu ketat boleh dielakkan. Demam mungkin berguna pada tahap tertentu kerana ia membenarkan badan mencapai suhu tinggi, menyebabkan persekitaran tidak menyenangkan bago sesetengah pathogen. Sel darah putih juga membiak dengan pantas kerana persekitaran yang sesuai dan mampu membantu melawan pathogen dan mikrob merbahaya yang lain yang menceroboh badan.

KESAN RADIOAKTIF KEPADA MANUSIA

LOGO bentuk bilah kipas berlatar belakang warna kuning dan gambar api yang tertera pada belakang lori membawa muatan bahan kimia cecair memberi amaran kepada kita bahawa ia adalah bahan berbahaya. Setiap kali ternampak objek ini, terlintas di fikiran kemungkinan berlaku letupan dahsyat sekiranya berlaku kesilapan teknikal atau kenderaan berkenaan terbabit dalam kemalangan.

Uranium Information Centre Limited (UIC), organisasi yang membekalkan panduan mengenai bahan radioaktif dalam rencananya menyebut, bahan radioaktif terbentuk melalui proses penguraian elemen-elemen kimia dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Contohnya kalium (K), dari K40 ke K39 (kedua-duanya adalah isotop). Walaupun radioaktif terdiri daripada isotop, tetapi bukan semua isotop adalah radioaktif kerana kebanyakannya adalah elemen biasa. Contohnya, K39 adalah mineral yang diperlukan badan sedangkan K40 pula adalah bahan radioaktif.

Ada empat jenis radiasi yang perlu diberi perhatian iaitu alfa, beta, gamma dan neutron. Setiap jenis radiasi memerlukan bentuk perlindungan yang tidak serupa kerana ia menunjukkan sifat dan kesan berbeza seperti berikut:

  • Radiasi alfa - Ia tidak dapat menembusi kulit dan mampu disekat dengan hanya menggunakan sehelai kertas, bagaimanapun, ia sangat sensitif dan mampu mengundang bahaya kepada paru-paru.
  • Radiasi beta - Radiasi ini dapat menembusi badan manusia tetapi tidak mampu menembusi lapisan kertas aluminium.
  • Radiasi gamma - Juga dapat menembusi badan manusia. Sinarannya yang lebih kuat memerlukan beberapa meter plumbum atau konkrit untuk menyekat penembusannya.
  • Radiasi neutron - Biasanya berlaku di dalam reaktor nuklear dan mampu menembusi plumbum dan konkrit.

Radiasi alfa, beta dan gamma pada kadar yang rendah secara semulajadinya adalah sebahagian daripada alam sekitar dan mungkin wujud dalam beberapa klasifikasi sisa. Berdasarkan panduan UIC Limited, sisa radioaktif terdiri dari pelbagai jenis elemen yang memerlukan cara pengendalian dan pengurusan berbeza. Biasanya, sisa radioaktif diklasifikasi kepada tiga iaitu sisa tahap rendah (sisa dari hospital, makmal dan industri seperti industri tenaga nuklear) dan sisa tahap sederhana (mengandungi lumpur kimia, komponen reaktor dan resin).

Manakala sisa tahap tinggi pula terdiri daripada sisa bahan api yang telah digunakan dan elemen berat yang mempunyai tahap radioaktif yang tinggi. Jenis sisa ini bergantung kepada jumlah dan jenis bahan radioaktif yang terkandung di dalamnya. Faktor lain yang perlu diberi perhatian untuk menguruskan sisa radioaktif adalah berdasarkan tempoh masa ia kekal sebagai bahan berbahaya sehingga menemui satu jangka waktu yang dipanggil separuh hayat. Dalam tempoh berkenaan, bahan radioaktif akan mengurai sedikit demi sedikit untuk mengurangkan tahap bahaya sehingga keadaannya stabil dan tidak membahayakan; dan proses ini memakan masa dari beberapa saat ke berjuta-juta tahun tertakluk kepada jenis isotopnya.

Menurut John R. Cooper di dalam bukunya; Radioactive Releases in the Environment : Impact and Assessment, beberapa industri moden terutama yang membabitkan penghasilan tenaga dan perubatan, mempunyai potensi pembebasan sisa bahan radioaktif ke persekitaran yang sangat tinggi berbanding industri lain. Keadaan ini mengambil kira faktor produk yang kebanyakannya perlu melalui proses radiasi selain sifat semula jadi bahan utama yang membahayakan. Kita terdedah kepada bahaya bahan radioaktif setiap hari namun kesannya yang tidak ketara pada tempoh permulaan tidak memberi peluang kepada pencegahan dan rawatan awal.

Mungkin kita tidak sedar ketika berdepan dan menggunakan produk berasaskan bahan yang dikategorikan sebagai radioaktif, malah kita juga mungkin tidak pernah tahu, bahan radioaktif ini digunakan sebagai salah satu bahan utama.

Ada banyak produk yang mengandungi bahan radioaktif seperti jangka suhu, bateri, minyak berplumbum, tali pinggang dan bahan kosmetik seperti krim muka.

Pendedahan kepada bahan radioaktif untuk tempoh yang panjang boleh memberi kesan maut terhadap pengguna. Begitu juga dengan sinar-X yang perlu kita jalani semasa membuat pemeriksaan kesihatan. Sinar-x adalah sinar gamma yang menunjukkan kesan lebih ketara berbanding sinaran lainnya.

Atas sebab itulah, pakar perubatan sering mencadangkan, ujian sinar-X hanya boleh dilakukan enam bulan sekali dan tidak dibenarkan sama sekali dijalankan ke atas wanita mengandung. Sinar-X mampu membunuh sel dalam badan terutama sel yang baru terbentuk dan keadaan ini dikhuatiri akan menjejaskan struktur bayi di dalam kandungan.

Begitupun, ada juga radioaktif yang digunakan sebagai bahan perubahan. Contohnya radium digunakan untuk merawat kanser yang pejal (radiasi radium secara kerap mampu memusnahkan tisu tumor dalam badan pesakit). Fungsi asasnya sebagai pemusnah sel digunakan untuk kebaikan dan kemajuan sejagat. Malah, rencana keluaran Wikipedia, The Free Encyclopedia pernah mengisahkan kesengsaraan rakyat negara Jepun berdepan dengan pencemaran bahan radioaktif yang bermula pada 1950.

Sejarah Hitam

Toyama, sebuah bandar kecil di Pulau Honshu, di Chubu, menyimpan sejarah hitam apabila diserang sejenis penyakit ganjil akibat pencemaran kadmium dalam sistem perairan. Kadmium yang sering digunakan sebagai bahan saduran dan bahan utama pembuatan bateri, adalah sisa sampingan toksik berpunca dari aktiviti perlombongan sebuah syarikat yang melombong perak, plumbum, zink dan kuprum untuk kegunaan industri.

Namun, sikap tidak bertanggungjawab Kamioka Mines, syarikat yang membekalkan bahan mentah berkenaan meninggalkan kesan amat menyedihkan kepada masyarakat desa ini. Penyakit ‘Itai-Itai’, sejenis penyakit yang menyebabkan badan pesakit menjadi lemah akibat keracunan kadmium yang menyerang sendi dan tulang belakang selain membantutkan fungsi buah pinggang sebagai penapis bahan asing dan asid sebelum masuk ke dalam saluran darah.

Itai adalah perkataan Jepun yang bermaksud sakit, digunakan untuk menamakan penyakit ganjil ini kerana pesakitnya sering menyebut perkataan ini bagi menggambarkan kesengsaraan mereka. Bukan itu saja, penyakit Minamata, sejenis sindrom neurologi yang disebabkan keracunan raksa turut menyebabkan simptom seperti ketidakstabilan pergerakan akibat kegagalan sistem serebelum otak untuk berfungsi dengan baik, gangguan deria rasa pada tangan dan kaki, pengurangan daya penglihatan dan pendengaran. Dalam kes teruk, ia boleh menyebabkan pesakit lumpuh dan maut.

Penyakit Minamata dikesan pada Mei 1956 di sebuah bandar yang terletak di pantai barat bahagian selatan Pulau Kyushu, Jepun. Bermula dari empat orang yang menunjukkan simptom Minamata yang berakhir dengan kematian. Simptom yang sama turut meragut nyawa tiga belas orang nelayan di pulau berkenaan. Haiwan dan burung yang mempunyai habitat berhampiran kawasan berkenaan turut menerima nasib sama. Penyelidik dari Universiti Kumamoto mengunjungi daerah berkenaan untuk menyelidik dan mendapati penyakit ini berpunca daripada kandungan raksa yang tinggi dalam ikan.

Hal ini adalah tanggungjawab syarikat Chisso Corporation yang menghasilkan produk seperti ethanal dan plastik PVC (dan raksa digunakan sebagai pemangkin untuk membuat PVC). Kajian menunjukkan, makanan laut seperti ikan dan kerang boleh mengumpulkan raksa dalam badan tanpa menjejaskan kehidupannya. Memburukkan keadaan, masyarakat di situ amat bergantung kepada hasil laut sebagai sumber makanan dan punca pendapatan. Sisa bahan radioaktif perlu dirawat sebelum dibebaskan ke alam sekitar untuk banyak tujuan terutama menjaga kesihatan dan pengekalan sistem alam sekitar. Ini termasuklah pengendalian di dalam makmal. Mengendalikan bahan radioaktif perlulah dilakukan dengan hati-hati dan cermat. Pastikan segala arahan dan panduan yang disediakan dipatuhi kerana sebarang keengkaran dan kecuaian akan membawa padah.

Panduan

  • Panduan disediakan Occupational Safety and Health, University of Delaware menegaskan, bahan radioaktif yang ingin digunakan perlulah dikendalikan di kawasan yang ditetapkan selepas diluluskan Pegawai Keselamatan Radiasi.
  • Makmal juga perlu diklasifikasikan mengikut jenis dan tujuan bahan yang digunakan. Peralatan yang digunakan juga perlu di pantau dari semasa ke semasa bagi memastikan kelancaran dan sebarang kerosakan yang mungkin berlaku.
  • Selain itu, pengendali bahan radioaktif perlu melengkapkan diri dengan peralatan tertentu seperti penghadang, sarung tangan dan peralatan amaran bagi mengelakkan kemungkinan radiasi.
  • Begitu juga dengan sisa radioaktif perlu dikumpulkan dalam bekas yang ditetapkan sebelum dihantar untuk menjalani rawatan sisa oleh badan yang telah mendapat pengiktirafan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan. Pastikan juga tangan dicuci bersih sebelum meninggalkan makmal bahan radioaktif. Bak kata pepatah, cegah sebelum parah.

Sumber: Pusat Maklumat Rakyat (PMR) Jabatan Penerangan Malaysia :)

Wednesday, February 29, 2012

PENGARUS POSITIF TEORI KECERDASAN PELBAGAI


Membantu pelajar memperolehi apa yang perlu untuk hidup di abad akan datang:
  • Kemahiran berfikir -
    Teori Kecerdasan Pelbagai dipadukan dengan tahap berfikir Bloom
  • Kemahiran reflektif -
    murid sepanjang hayat
  • Kemahiran komunikasi dan kolaboratif
Membantu guru untuk memahami pengaruh terhadap kecerdasan murid:
  • Kecerdasan boleh dipupuk dan dipengaruhi oleh pengalaman, budaya dan faktor motivasi
  • Pelajar mengetahui bagaimana mengenal pasti minat mereka dan bagaimana mereka boleh belajar dengan lebih berkesan.
x
Membentuk pemahaman tentang motivasi murid:
  • Murid lebih bermotivasi untuk belajar dengan gaya pembelajaran yang sesuai dengan mereka.
  • Guru perlu mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran supaya:
    Ø Lebih ramai murid akan dapat menerima apa yang diajar.
    Ø Harga diri murid meningkat.
    Ø Kreativiti murid dapat ditingkatkan
    Ø Masalah disiplin dapat dikurangkan
Mewujudkan sekolah yang menerima dan menghargai perbezaan kecerdasan di kalangan guru dan murid:
  • Merancang dan memikul tanggungjawab secara kolaboratif
  • Menghargai sumbangan yang berbeza dari setiap guru.