Tuesday, July 17, 2012

CIRI-CIRI PENTING DALAM PERMAINAN KECIL

1.    Memerlukan kemahiran-kemahiran asas.
2.    Mengandungi peraturan-peraturan yang minimum.
3.    Sedikit atau tiada alat yang digunakan.
4.    Tidak menggunakan masa yang panjang.
5.    Ruang permainan yang sederhana atau kecil.
6.    Perjalanan permainan data diubahsuai. 
7.    Senang untuk dijalankan.

OBJEKTIF-OBJEKIF PERMAINAN KECIL

Terdapat tiga objektif utama yang telah disenaraikan oleh Bucher dan Thaxton (1979):
1.    Objektif Pembangunan Kemahiran Motor.
ü  Membangunkan kemahiran lokomotor.
ü  Membangunkan kemahiran bukan lokomotor.
ü  Membangunkan kemahiran pengawalan bola.
ü  Membangunkan kecergasan fizikal.
2.    Objektif Pembangunan Kognitif
ü  Meningkatkan keupayaan mematuhi peraturan.
ü  Menolong dalam pemahaman peraturan.
ü  Menggalakkan kreativiti dan imaginasi.
ü  Menambah perbendaharaan kata kanak-kanak.
3.    Objektif Pembangunan Afektif-sosial.
ü  Mempelajari hidup bersama dengan orang lain dalam situasi sosial.
ü  Menggalakkan keadilan.
ü  Menggalakkan mematuhi peraturan-peraturan.
ü  Membangunkan semangat kesukanan yang baik.
ü  Membangunkan kualiti kepimpinan.
ü Membangunkan semangat kerjasama.

Permainan Kecil berasaskan TGFU

Pendidikan Jasmani merupakan subjek teras di setiap sekolah yang mana ianya tidak diabaikan kerana subjek ini melibatkan ketahanan fizikal dan mental malahan kita juga boleh melibatkannya dengan pendekatan rohaniah. Namun bagaimana pula dengan gerak kerja pendidikan jasmani di sekolah rendah yang kesemua pelajarnya lingkungan 7 tahun hingga 12 tahun?
Lingkungan umur tersebut merupakan lingkungan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Ketika ini kanak-kanak suka akan sesuatu yang baharu malahan mereka juga akan lebih dekat dengan alam jika dipupuk. Hal ini disebabkan pertumbuhan mereka seiring dengan perkembangan otak dan minda mereka yang ingin mengenali dunia.
Maka, oleh itu, permainan kecil amat sesuai untuk mereka kerana ianya tidak melibatkan terlalu banyak pergerakan malahan ianya bertujuan untuk menyihatkan tubuh badan dan otak selain ianya juga menyeronokkan. Aplikasi permainan kecil ini melibatkan penggunaan bahan dan juga hanya menggunakan tempat yang sederhana sahaja.
Setiap permainan kecil tersebut hendklah berasaskan TGFU iaitu Teaching Games For Understanding. TGFU mempunyai empat asas yang mana telah diterokai oleh Rod Thorpe dan David Bunker sekitar tahun 1970-an dan awal 1980-an. Perkembangan penggunaan asas TGFU ini semakin berkembang hingga ke hari ini setelah beberapa kajian dan sebab relevan dalam aplikasi TGFU.

Tuesday, July 10, 2012

CONTOH FORMAT RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PJ (UMUM)


Mata Pelajaran         :                                                                                   Tarikh             :
Tunjang                     :                                                                                   Masa              :
Tajuk                          :                                                                                  Tahun                        :
Sub – tajuk                :                                                                                   Bil. Murid       :

OBJEKTIF                 :           Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
1.    (Nyatakan objektif psikomotor)
2.    (Nyatakan objektif kognitif)
3.    (Nyatakan objektif afektif)

Kemahiran Berfikir  :
Pengalaman Lepas :
Penerapan Nilai       :
Pengabungjalinan  :
Strategi                      :
Alatan                                    :






BAHAGIAN / MASA
AKTIVITI
BUTIR MENGAJAR / FOKUS PEMBELAJARAN
ORGANISASI
ALATAN / CATATAN
Permulaan
Memanaskan badan
1.
2.
3.




Perkembangan
Gerak kerja kelas





Gerak kerja kumpulan





Kemuncak


Permainan kecil
  1. Permainan bersyarat
  2. Pertandingan
  3. Persembahan




Penutup
  1. Gerak kendur
  2. Kuiz
  3. Perbincangan
  4. Soal jawab





Ulasan / Refleksi Kendiri :


Ulasan Pensyarah / Guru Pembimbing  :

GARIS PANDUAN PERSEDIAAN PELAJARAN PJ


Contoh Tajuk :  Kemahiran membaling

1.         Fasa Pengenalan
           
·         Aktiviti mengikut kemahiran yang akan diajar
·         Guru dapat menunjukkan perkaitan dengan isi pelajaran (wujud kesinambungan)
·         Contoh :  Muzik , Bola Beracun

2.         Fasa Perkembangan

            Ansur  maju
·         Jarak yang semakin meningkat
·         Daripada statik ke dinamik
·         Daripada mudah ke lebih komplek
·         Tanpa berhalangan kepada berhalangan
Contoh :
Baling terus ke skitel
Baling antara 2 orang tepat ke sasaran (rakan)
Baling antara 2 orang ke sisi (kanan / kiri)
Balingan sekumpulan dan halangan 2 orang dsb

            Tunjuk cara
·         Arahan jelas
·         Kawalan
·         Posisi guru
·         Spesifikasi dalam tunjuk cara
·         Penegasan dalam satu-satu cara

3.            Kemuncak

Pertandingan
·         Ada perbezaan antara pasukan
·         Penerapan semangat berpasukan
·         Merancang aktiviti berdasarkan kemahiran
·         Balingan menuju sasaran
Contoh  :  Bola Tuju
·         Memberi keseronokan
·         Suasana aktif dan ceria

4.         Penutup
           
·         Gambaran / Refleksi
Contoh soalan  :  Bezakan antara membalingan dengan melambung

KELEMAHAN TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME

  1. Teknik peneguhan hanya sesuai diaplikasikan kepada pengajaran tetapi tidak kepada masalah pengajaran. Teori ini hanya tertumpu kepada tingkah laku yang boleh dilihat sahaja tanpa mempedulikan yang terselindung, seperti aktiviti mental.
  2. Teori ini gagal dipraktikkan dalam aplikasi latihan ketenteraan, seperti mengesan masalah utama bagi mengenal pasti bahan yang perlu diajar.
  3. Teori Behaviorisme hanya relevan dengan tingkah laku yang dilihat dan menyediakan istilah-istilah yang tidak berguna semasa menentukan objektif  untuk pembelajaran.  Ada kalanya, objektif tingkah laku tidak dapat menentukan tingkah laku yang hendak diajar dan seterusnya menyebabkan pengajar keliru dan tidak pasti sama ada dia harus memberikan tumpuan terhadap ujian ataupun kepada objektif pembelajaran.
  4. Tidak ada langkah yang boleh diikuti untuk melaksanakan teori ini.  Secara praktisnya, seseorang pendidik behavioris perlu bersandar pada pengajaran konvensional untuk mereka bentuk dan menjalankan langkah-langkah mengikut urutan.

PROSEDUR DALAM TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME



Mengenal pasti rangsangan yang berpotensi kepada pelajar menerusi soalan yang dikemukakan

Mengenal pasti objektif dengan menerangkan tingkah laku yang diharapkan sambil menerangkan tingkah laku pelajar semasa mereka mula masuk.

Mendefinisikan beberapa siri tingkah laku, bermula dengan tingkah laku semasa masuk sehinggalah kepada tingkah laku yang diharapkan


Membawa pelajar melalui turutan tingkah laku dengan menggunakan demonstrasi dan pengajaran, digabungkan dengan peneguhan positif perubahan yang bersifat peri lakuan.

Memastikan latihan peneguhan diberikan bagi setiap tingkah laku yang dipelajari sebelum dilanjutkan kepada tingkah laku yang seterusnya.