Monday, August 6, 2012

DIABETES KANAK-KANAK DAN REMAJA



Diabetes merupakan penyakit kronik yang boleh menyerang tanpa mengira peringkat umur termasuk bayi, kanak-kanak atau remaja. Di kalangan kanak-kanak, sekiranya penyakit ini tidak dikesan pada peringkat awal ia boleh menyebabkan komplikasi yang teruk termasuklah kerosakan otak. Kadangkala diabetes di kalangan kanak-kanak sering kali tidak diberi perhatian yang serius dan selalu di diagnosa sebagai selesema atau dibiarkan sahaja.
Tanda dan Gejala
Semua pihak seperti ibu bapa, guru sekolah, kakitangan kesihatan atau mana-mana pihak yang terlibat dalam penjagaan kanak-kanak perlu mengetahui dan peka kepada tanda-tanda penyakit diabetes. Di antara tanda-tanda penyakit diabetes ialah:
  • Kerap kencing terutama pada waktu malam
  • Sentiasa dahaga
  • Sentiasa lapar
  • Hilang berat badan
  • Kelesuan
  • Hilang tumpuan
  • Penglihatan yang tidak jelas
  • Muntah-muntah dan sakit perut
(Tanda-tanda ini mungkin kurang atau tiada langsung di kalangan kanak-kanak yang mengidap diabetes jenis II)
Apakah Insulin
Insulin ialah sejenis hormon yang dikeluarkan oleh pankreas yang terletak di belakang perut. Di dalam perut makanan yang dimakan akan ditukarkan menjadi glukosa yang kemudiannya akan diserap ke dalam saluran darah untuk digunakan oleh tubuh badan bagi mengeluarkan tenaga. Bagi orang yang normal, insulin membantu glukosa darah memasuki sel badan dan menukarkannya menjadi tenaga.
Bagi pesakit diabetes, pankreas tidak dapat mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan. Akibatnya, glukosa tidak dapat masuk ke dalam sel badan dan terkumpul di dalam darah yang kemudiannya menyebabkan parasnya meningkat tinggi sehingga melimpah ke dalam air kencing.
Diabetes Jenis I dan II
Diabetes Jenis I merupakan penyakit autoimmune yang tidak dapat dielakkan. Penyakit ini sering berlaku di kalangan kanak-kanak dan hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman. Dilaporkan terdapat 500,000 kanak-kanak di seluruh dunia mengidap diabetes Jenis I ini.
Diabetes Jenis II pula selalunya berlaku di kalangan orang yang berumur 40 tahun ke atas serta mengalami masalah berat badan berlebihan atau mempunyai sejarah keluarga yang mengidap diabetes. Walau bagaimanapun, masalah berat badan dan cara hidup sedentari di kalangan kanak-kanak telah menyebabkan jumlah pesakit kanak-kanak dengan Diabetes Jenis II meningkat. Penyakit ini hanya boleh dikawal melalui pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman serta ubat-ubatan.

PERUBAHAN SISTEM KARDIOVASKULAR PADA USIA LANJUT



Menua (Aging) adalah suatu proses menghilangnya kemampuan jaringan untuk memperbaiki atau mengganti diri serta mempertahankan struktur dan fungsi normalnya. Proses ini berlangsung terus-menerus sepanjang hidup seseorang. Tidak seperti kondisi patologis, setiap manusia pasti akan mengalami proses menua. Aging sudah terprogram dalam genetik masing-masing individual, tapi faktor eksternal sangat berperanan dalam memodifikasi proses ini, sehingga proses menua-pun berlangsung dengan tingkat kecepatan yang berbeda pada tiap orang. Hal inilah yang menjelaskan mengapa beberapa orang dapat tampak lebih tua/muda dari usia kronologisnya. Status kondisi fisik dan aktivitas seseorang dapat secara radikal mempengaruhi fungsi kardiovaskular saat dia tua.

Menua secara fisiologis ditandai dengan semakin menghilangnya fungsi dari banyak organ tubuh. Bersamaan dengan itu meningkat pula insiden penyakit seperti coronary arterial disease (CAD), penyakit-penyakit serebrovaskular, penyakit ginjal dan paru. Hal ini akan menyebabkan semakin cepatnya tubuh kehilangan fungsi-fungsi organnya.

Seiring dengan meningkatnya angka harapan hidup dapat kita perkirakan juga akan adanya peningkatan pada prevalensi-prevalensi penyakit yang terjadi pada orang tua. Penyakit jantung pada orang tua merupakan masalah global yang sampai saat ini masih menjadi salah satu prioritas utama. Hal ini dikarenakan penyakit jantung adalah merupakan penyebab terbesar mortalitas, morbiditas dan disabilitas pada orang tua.

Perubahan Fisiologis Jantung Akibat Penuaan

Proses menua akan menyebabkan perubahan pada sistem kardiovaskular. Hal ini pada akhirnya juga akan menyebabkan perubahan pada fisiologi jantung. Perubahan fisiologi jantung ini harus kita bedakan dari efek patologis yang terjadi karena penyakit lain, seperti pada penyakit coronary arterial disease yang juga sering terjadi dengan meningkatnya umur.

Ada sebuah masalah besar dalam mengukur dampak menua terhadap fisiologi jantung, yaitu mengenai masalah penyakit laten yang terdapat pada lansia. Hal ini dapat dilihat dari prevalensi penyakit CAD pada hasil autopsi, di mana ditemukan lebih dari 60% pasien meninggal yang berumur 60 tahun atau lebih, mengalami 75% oklusi atau lebih besar, pada setidaknya satu arteri koronaria. Sedangkan pada hasil pendataan lain tercatat hanya sekitar 20% pasien berumur >80 tahun yang secara klinis mempunyai manifestasi CAD. Jelas hal ini menggambarkan bahwa pada sebagian lansia, penyakit CAD adalah asimptomatik.

Hal ini sangat menyulitkan bagi kita dalam mengadakan penelitian mengenai efek fisiologis menua pada jantung. Kita harus terlebih dahulu menyingkirkan kemungkinan penyakit lain seperti CAD pada sekelompok lansia yang sepertinya sehat. Akan tetapi, tidak semua penelitian dilakukan dengan terlebih dahulu menyingkirkan penyakit laten yang mungkin terdapat. Hal inilah yang sering menyebabkan terdapatnya perbedaan dalam hasil pendataan pada sejumlah penelitian.

Perubahan-perubahan yang terjadi pada Jantung :
 
  • Pada miokardium terjadi brown atrophy disertai akumulasi lipofusin (aging pigment) pada serat-serat miokardium.
  • Terdapat fibrosis dan kalsifikasi dari jaringan fibrosa yang menjadi rangka dari jantung. Selain itu pada katup juga terjadi kalsifikasi dan perubahan sirkumferens menjadi lebih besar sehingga katup menebal. Bising jantung (murmur) yang disebabkan dari kekakuan katup sering ditemukan pada lansia.
  • Terdapat penurunan daya kerja dari nodus sino-atrial yang merupakan pengatur irama jantung. Sel-sel dari nodus SA juga akan berkurang sebanyak 50%-75% sejak manusia berusia 50 tahun. Jumlah sel dari nodus AV tidak berkurang, tapi akan terjadi fibrosis. Sedangkan pada berkas His juga akan ditemukan kehilangan pada tingkat selular. Perubahan ini akan mengakibatkan penurunan denyut jantung.
  • Terjadi penebalan dari dinding jantung, terutama pada ventrikel kiri. Ini menyebabkan jumlah darah yang dapat ditampung menjadi lebih sedikit walaupun terdapat pembesaran jantung secara keseluruhan. Pengisian darah ke jantung juga melambat.
  • erjadi iskemia subendokardial dan fibrosis jaringan interstisial. Hal ini disebabkan karena menurunnya perfusi jaringan akibat tekanan diastolik menurun.

Perubahan-perubahan yang terjadi pada Pembuluh darah :
  • Hilangnya elastisitas dari aorta dan arteri-arteri besar lainnya. Ini menyebabkan meningkatnya resistensi ketika ventrikel kiri memompa sehingga tekanan sistolik dan afterload meningkat. Keadaan ini akan berakhir dengan yang disebut “Isolated aortic incompetence”. Selain itu akan terjadi juga penurunan dalam tekanan diastolik.
  • Menurunnya respons jantung terhadap stimulasi reseptor ß-adrenergik. Selain itu reaksi terhadap perubahan-perubahan baroreseptor dan kemoreseptor juga menurun. Perubahan respons terhadap baroreseptor dapat menjelaskan terjadinya Hipotensi Ortostatik pada lansia.
  • Dinding kapiler menebal sehingga pertukaran nutrisi dan pembuangan melambat.

Perubahan-perubahan yang terjadi pada Darah :
  • Terdapat penurunan dari Total Body Water sehingga volume darah pun menurun.
  • Jumlah Sel Darah Merah (Hemoglobin dan Hematokrit) menurun. Juga terjadi penurunan jumlah Leukosit yang sangat penting untuk menjaga imunitas tubuh. Hal ini menyebabkan resistensi tubuh terhadap infeksi menurun.

KEMAHIRAN ASAS MENERIMA BOLA BALING

  1. Kedudukan kaki seluas bahu.
  2. Kedudukan bahu menghadap arah pergerakan bola.
  3. Tumpuan: kepala dan mata kepada bola.
  4. Bahagian atas pinggang condong sedikit ke arah pergerakan bola.
  5. Tangan dan tapak tangan dihalakan ke arah bola 
  6. Siku dibengkokkan sedikit mengikut kesesuaian.
  7. Bagi menerima bola tinggi (paras dada dan ke atas), posisi tapak tangan membentuk segi tiga dengan ibu jari dan jari telunjuk hampir bersentuhan antara kanan dan kiri.
  8. Bagi menerima bola rendah (paras pinggang dan ke bawah) jari menghala ke tanah dengan kedua-dua jari kelingking hampir bersentuhan.
  9. Tumpuan mata kepada pergerakan bola yang datang
  10. Tangan begerak ke arah bola dengan jari yang relaks.
  11. Bengkokkan siku dan bawa tangan ke dada apabila bola ditangkap.
  12. Bawa satu ke belakang sebagai perlakuan ikut lajak.

KEMAHIRAN ASAS MENGHANTAR BOLA BALING

  1. Bola dipegang melepasi paras bahu dan dibawa ke belakang kepala.
  2. Kedudukan siku yang memegang bola dibengkokkan dengan kedudukan lengan condong sedikit ke sisi.
  3. Bahagian atas badan tegak, kepala didongakkan sedikit dan mata memandang ke sasaran.
  4. Pemain mengambil langkah ke hadapan menggunakan kaki yang berlawanan dengan tangan membaling memindahkan berat badan dari kaki belakang ke kaki hadapan.
  5. Semasa pemindahan berat badan, siku tangan membaling dibawa ke hadapan dengan segera dan membuat hayunan lengan dengan kuat.
  6. Pergelangan tangan disentapkan ke bawah diikuti dengan jari-jari semasa melepaskan bola.  Jari telunjuk menghala ke sasaran pada akhir perlakuan.
  7. Tangan bebas dihalakan ke sasaran.
  8. Lutut hendaklah dibengkokkan sedikit.  Semakin jauh jarak aling, semakin luas langkahan pertama.
  9. Ia akan membantu keeimbangan dan kawalan pemain.
  10. Biasanya langkahan dihalakan ke sasaran.

Wednesday, August 1, 2012

KEPENTINGAN PERMAINAN KANAK-KANAK

  1. Membantu kanak-kanak memahami aktiviti di sekitar mereka.  Kanak-kanak belajar melalui penglibatan secara terus dan pengalaman langsung.
  2. Membantu pembentukan personaliti melalui kerjasama, berkongsi, mengikut peraturan, inisiatif dan kesedaran tentang kebersihan dan urutan.
  3. Meningkatkan keyakinan diri.
  4. Meningkatkan kebolehan fizikal dari aspek motor halus dan motor kasar.
  5. Memberi peluang mengenal pesekitaran fizikal, seperti saiz, bentuk, warna, berat, tekstur dan jenis.
  6. Sebagai salah satu cara kanak-kanak meluahkan perasaan gembira, marah dan geram.
  7. Mengembangkan kebolehan kreatif semasa menyelesaikan masalah dalam permainan.
  8. Sebagai latihan menyelesaikan masalah dengan pelbagai percubaan.
  9. Sebagai satu kaedah berkomunikasi dan berinteraksi.
  10. Meningkatkan perkembangan bahasa dan perbendaharaan kata kanak-kanak.

PERMAINAN KANAK-KANAK

Bermain ialah suatu aktiviti dan kualiti fikiran dalam terlibat dengan pandangan dunia seseorang.  Bermain merujuk kepada berbagai kegiatan sukarela, termotivasi intrinsik yang biasanya berkait dengan kesenangan dan keseronokan.

Bermain boleh terdiri dari interaksi lucu, pura-pura atau khayalan antara perseorangan dan dengan diri atau mainan.  Amalan permainan jelas di seluruh dunia dan dapat dilihat pada manusia dan binatang, khususnya pada perkembangan kognitif dan sosialisasi mereka yang terlibat dalam proses perkembangan dan yang masih muda.

Bermain sering menggunakan alat peraga, alatan, binatang, atau mainan dalam konsteks pembelajaran dan rekreasi.  Sesetengah permainan mempunyai tujuan yang jelas dan apabila distrukturkan dengan peraturan dipanggil suatu permainan.  Sementara beberapa permainan  tidak mempunyai peraturan atau tujuan dan dianggap tidak berstruktur.

Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak.  Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keeronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan.  Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.

Main sebagai penentu penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid.  Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam perlbagai cara.  Sebagai contoh, aktiviti fizikal yang dilakukan di dalam kelas.  Melalui permainan yang melibatkan perlumbaan misalnya.

Konsep 5 E

ENGAGE - Merangsang rasa ingin tahu
  1. Tajuk, konsep dan tugasan.
  2. Menarik minat murid
  3. Menjana rasa ingin tahu dengan lebih mendalam.
  4. Mengajukan soalan  
EXPLORE - Memenuhi rasa ingin tahu.
  1. Menggunakan soalan untuk mencari dan menyiasat
  2. Membuat ujikaji
  3. Menggalakkan murid-murid bekerjasama
  4. Menggunakan soalan-soalan provokasi.
EXPLAIN - Menerangkan konsep dan maksud perkataan atau istilah.
  1. Menjelaskan konsep.
  2. Penjelasan daripada orang lain
  3. Meminta justifikasi dan penjelasan.
ELABORATE -  meluaskan konsep kepada bidang lain
  1. Hubungkait konsep, tajuk dengan bidang lain.
  2. Membuat hubungkait konsep, tajuk dengan situasi kehidupan sebenar.
EVALUATE - Menilai pemahaman murid
  1. Menunjukkan pemahaman atau pengetauhan tentang konsep atau kemahiran.
  2. Menilai pengetahuan dan kemahiran murid.
  3. Memberi soalan terbuka.