Monday, February 20, 2012

Ancaman Keselamatan Di Sekolah

Beberapa situasi yang menjadi ancaman keselamatan terhadap sekolah telah dikenalpasti, dan kerap berlaku di sekolah-sekolah, Antaranya ialah ;

i. Penyalahgunaan Bahan ( Makmal )

ii. Penculikan

iii. Pencerobohan

iv. Pergaduhan

v. Buli

vi. Kemalangan

vii. Gangguan fizikal/Seksual

viii. Gangterisma

ix. Vadalisme

x. Senjata

xi. Wabak Penyakit

xii. Banjir

xiii. Kebakaran

xiv. Bangunan runtuh

xv. Tanah Runtuh

xvi. Kawasan Berair / Sungai

xvii. Kawasan Perindustrian

xviii. Kawasan Pembinaan

xix. Keracunan Makanan

xx. Binatang Buas ( Kawasan Pedalaman )

LATIHAN KECERGASAN FIZIKAL

Pengenalan

– Maksud latihan

• Proses persediaan utk capai tahap kecergasan & kemahiran yg tinggi

• Gabungjalinan aspek fisiologi, biokimia, psikologi, sosial & kaedah (pendekatan saintifik)

• Latihan yg sistematik, terancang & dilaksanakan ikut fasa-fasa tertentu

• Penilaian supaya sistem latihan lebih berkualiti – perubahan program latihan

– Program latihan

• Prinsip latihan – ambil kira faktor eg. usia, tahap pencapaian, jantina, kebolehan, pulihan

• Perancangan latihan yg teliti – pengetahuan & pengalaman jurulatih

• Proses persediaan utk capai tahap kecergasan & kemahiran yg tinggi

Matlamat Latihan

1. Pembentukan/ peningkatan aspek fizikal

• Kecergasan menyeluruh – komponen kecergasan fizikal

2. Pembentukan keperluan fizikal khusus

• Bentuk & tingkat – khusus dlm sukan yg diceburi

• Kekuatan, koordinasi, daya tahan, felksibiliti – dpt lakukan dgn licin & kemas

3. Teknikal

• Pembentukan aksi teknikal dgn betul, memperbaiki teknik asas, penyesuaian dalam semua keadaan

4. Taktikal

• Baiki & tingkatkan strategi dlm sukan & permainan dgn guna taktik yg terbaik semasa menyerang & bertahan

• Perancangan rapi

5. Psikologi

• Semangat juang yg tinggi, disiplin, ketabahan, keyakinan, kesungguhan

•

6. Kebolehan Pasukan Lawan

• Persediaan adalah kunci utama

• Pasukan yg seimbang – aspek fizikal, taktikal & strategi, kerjasama, satu pasukan

• Kebolahan pasukan lawan

7. Kesihatan

• Jadual pemeriksaan kesihatan berjadual, korelasi antara intensiti & kemampuan betul, = pencapaian yg tinggi

• Kecederaan akan membantutkan prestasi individu & pasukan

8. Kecederaan

• Mengelak lebih baik dari rawatan

• Langkah-langkah keselamatan – kecergasan fizikal, peralatan, kemudahan

• Aktiviti memanaskan & menyejukkan badan

9. Pengetahuan

• Boleh tingkatkan pengetahuan dlm bidang psikologi, fisiologi, sains sukan, pemakanan

• Peraturan & Undang-undang permainan

Pengenalan Kepada Pendidikan Jasmani

• Pendidikan Jasmani merupakan:

– suatu proses pembelajaran yang membantu perkembangan tingkah laku manusia dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial;

– bertujuan meningkatkan pengetahuan spesifik, kemahiran dan kefahaman untuk meningkatkan bakat semulajadi/prestasi individu melalui aktiviti fizikal terpilih untuk mencapai keputusan yang dikehendaki.

• Perkembangan ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan kepada memperkembangkan dan mempertingkatkan potensi individu yang seimbang dan harmonis untuk membentuk individu yang berketrampilan.

– Freeman (1997) menjelaskan bahawa PJ merupakan aktiviti fizikal yang bermatlamatkan pendidikan:

• PJ berbeza daripada bidang-bidang lain kerana menumpukan kepada pembangunan keseluruhan individu;

• PJ memberi perhatian kepada kualiti fizikal, mental dan emosi.

• Pendidikan Jasmani berkait rapat:

– pemilikan dan penghalusan kemahiran motor;

– pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik terhadap aktiviti;

– memperoleh pengetahuan; dan

– pembangunan sikap-sikap positif

terhadap aktiviti fizikal

• PJ sebahagian program pendidikan yang menyeluruh:

– dapat menyumbang melalui pengalaman pergerakan terhadap pertumbuhan dan pembangunan secara total bagi semua kanak-kanak (pendidikan melalui pergerakan)

• Pengisian dan kandungan pelajarannya menitikberatkan semua domain pembelajaran:

– psikomotor; (kemahiran motor)

– kognitif; (penguasaan pengetahuan) dan

– afektif (sikap, apresiasi & pemupukan nilai-nilai murni)

• Nilai-nilai murni dalam PJ:

– Semangat kesukanan

– Permainan bersih (fairplay)

– Toleransi

– Semangat berpasukan

– Disiplin

– Berdaya saing

– Kepimpinan

– Penyertaan

• Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses pembelajaran yang membantu perkembangan tingkahlaku dari segi jasmani, emosi, rohani,intelek da sosial.

• Ia melibatkan aktiviti fizikal yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan spesifik, kemahiran dan kefahaman untuk meningkatkan bakat semulajadi individu

• - selaras dengan FPK

• Jenny ( 1961 ) PJ bukan sahaja memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal malah yang tidak bercorak fizikal;

• Barrow ( 1971 ) the total education experience…meletakkan PJ dalam konteks ‘pengalaman pendidikan secara menyeluruh dan berkaitan dengan hal seumur hidup setiap individu;

• Balley & Field ( 1976 ) PJ adalah satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelek, sosial budaya, emosional dan estetika hasil daripada aktiviti fizikal yang menyeronokkan;

Wednesday, October 5, 2011

SUSU KAMBING

MINUMAN KEGEMARAN RASULULLAH


Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi.

Ia juga sering dijadikan bahan membuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Industri komestik juga mengeluarkan produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun dan krim pencukur.

PETUA RASULULLAH SAW

Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saaw;

Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.