Saturday, October 17, 2009

KEJOHANAN KAGUM DI STADIUM BANDAR PENAWAR

KAGUM 2009; Berlangsung di Stadium Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor. Sempat dirakamkan sebahagian penonton yang datang ke stadium untuk memberi sokongan kepada IPG masing-masing.

Acara yang sedang berlangsung di stadium tersebut ialah olahraga acara balapan yang mana atlet IPGM Kampus Kota Bharu juga mengambil bahagian. Beberapa pingat berjaya dikutip pada hari tersebut antaranya ialah dalam acara jalan kaki 5000 meter lelaki, merejam lembing dan lempar cakera.

Kelihatan di gambar atlet dari IPGM Kota Bharu iaitu Tiah, Syikin, Fatim dan Jue yang melapangkan masa memberi sokongan kepada para atlet IPG yang bertanding. Mereka sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan IPGM Kampus Kota Bharu.

Friday, October 16, 2009

CALON YANG BERJAYA TEMUDUGA PEGAWAI BOMBA

Tidak sia-sia mencuba nasib mengikuti ujian amali semasa temuduga pegawai bomba baru-baru ini. Mereka adalah di antara 42 orang calon yang menghadiri sesi temuduga yang berlangsung di Ibu Pejabat Bomba Negeri Kelantan, Jalan Pekeliling.

"Saya amat berterima kasih dan bersyukur kerana telah berjaya temuduga kali ini" ujar En.Sharimi, salah seorang calon yang berjaya temuduga tersebut.

Di kalangan 42 orang calon yang menghadiri temuduga tersebut, seramai 7 orang peserta terdiri daripada perempuan. "Saya datang temuduga ni pun suka-suka saja, nak cuba nasib kalau-kalau berjaya tetapi saya tahu akan gagal kerana tidak berjaya dalam ujian turun bangunan" ujar Cik Aishah yang telah gagal dalam ujian amali turun tali atau abselling setinggi 60 kaki.

Eh, tersilap berita pula. Yang sebenarnya mereka ini ialah pelajar PISMP Major Pendidikan Jasmani Semester 4, yang mengikuti Program Pendidikan Keselamatan kerjasama Jabatan Pendidikan Jasmani IPGM Kampus Kota Bharu dengan Jabatan Bomba Negeri Kelantan. Program ini merupakan Subjek Elektif bagi pelajar major PJ Semester 3 iaitu Pendidikan Keselamatan (PKE 3102).