Friday, October 16, 2009

CALON YANG BERJAYA TEMUDUGA PEGAWAI BOMBA

Tidak sia-sia mencuba nasib mengikuti ujian amali semasa temuduga pegawai bomba baru-baru ini. Mereka adalah di antara 42 orang calon yang menghadiri sesi temuduga yang berlangsung di Ibu Pejabat Bomba Negeri Kelantan, Jalan Pekeliling.

"Saya amat berterima kasih dan bersyukur kerana telah berjaya temuduga kali ini" ujar En.Sharimi, salah seorang calon yang berjaya temuduga tersebut.

Di kalangan 42 orang calon yang menghadiri temuduga tersebut, seramai 7 orang peserta terdiri daripada perempuan. "Saya datang temuduga ni pun suka-suka saja, nak cuba nasib kalau-kalau berjaya tetapi saya tahu akan gagal kerana tidak berjaya dalam ujian turun bangunan" ujar Cik Aishah yang telah gagal dalam ujian amali turun tali atau abselling setinggi 60 kaki.

Eh, tersilap berita pula. Yang sebenarnya mereka ini ialah pelajar PISMP Major Pendidikan Jasmani Semester 4, yang mengikuti Program Pendidikan Keselamatan kerjasama Jabatan Pendidikan Jasmani IPGM Kampus Kota Bharu dengan Jabatan Bomba Negeri Kelantan. Program ini merupakan Subjek Elektif bagi pelajar major PJ Semester 3 iaitu Pendidikan Keselamatan (PKE 3102).

No comments:

Post a Comment