Friday, December 25, 2009

Bergambar semasa Majlis Perasmian Penutupan Sukan dan Rekreasi di Pulau Perhentian.
Kenangan manis dan pahit tidak akan dilupakan dan akan dijadikan panduan hidup. Para pelajar PPISMP BM/Muzik dan Pen.Khas Sem 2 Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, antara yang terlibat dalam program pada kali ini.

Perkara yang tidak dapat dilupakan ialah ketika para pensyarah dan pelajar di landa ribut dan hujan yang mengakibatkan sebahagian besar khemah rebah, pakaian basah kuyup dan tidur dalam kesejukan pada malam tersebut.

Itulah pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh pelajar yang sebelum ini tidak pernah mengalami keadaan seperti itu. Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada semua pelajar kerana berjaya menghabiskan masa perkhemahan tersebut dengan cemerlang.

Thursday, December 24, 2009

PIKUL DUA TUGAS PENTING IPG

Pikul dua tanggungjawab serentak; sebagai pensyarah di Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan sebagai Jurulatih Ko-kurikulum di Unit Ko-Kurikulum IPG Kampus Kota Bharu. Namun begitu tidak menjadi beban kepada barisan pensyarah kerana apa yang penting tujuan utama mereka untuk mendidik dan mencurahkan ilmu kepada pelajar terlaksana dengan jayanya tanpa mengharap balasan dan pujian daripada pihak lain. Tahniah Jabatan PJK dan Unit Gerko Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431H dan Tahun Baru 2010 Masihi.

UNIT KO-KURIKULUM IPG KOTA BHARU

Barisan pensyarah Unit Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu.

Duduk dari kiri: En.Wan Zamri bin Wan Muhamad, Tn.Hj.Wan Mohd Zil bin Wan Salleh, En.Mohd Noorlan bin Zakaria, En.W.Mohd Din bin Wan Mohamad (Ketua Unit Kokurikulum) dan Tn.Hj.Mohd Noor bin Awang.

Berdiri dari kiri: En.Wan Suhaimi bin Wan Setapa, En.Khairul Azman bin Khairudin dan En.Che Kamaruddin bin Che Mamat.

Unit Kokurikulum IPG Kampus Kota Bharu ingin mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan semua program yang dianjurkan oleh Unit Gerko. Tidak lupa juga kepada Tuan Pengarah IPG Kampus Kota Bharu yang banyak memberi sokongan dalam bentuk kewangan dan penghargaan kepada Unit ini yang diteraju oleh Ketua Unit dengan bantuan rakan-rakan pensyarah/jurulatih kokurikulum.

APA ITU ISTIDRAJ

Ada orang bertanya..? "Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?".

Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita.Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita taksub dan lupa diri utk bersyukur kepada NYA.

A very relevant and interesting article dibawah dari hadith Rasulullah. Semoga Allah berikan kekuatan untuk kita teruskan Ibadah dan berdoa kepada NYA dan mendapat Rahmat dari NYA InsyaAllah..

Apakah dia Istidraj itu….?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu
tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuila h bahawa orang itu telah diIstidrajkan oleh Allah SWT."

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja.. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.

Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal.. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul ├ŽIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,
anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.

Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

KUBUR

KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK
LIMA KALI;
1. Aku rumah yang terpencil,
Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,
Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,
Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,
Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,
Maka banyaklah bacaan 'Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

MENGENAI WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, 'Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia'.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah men! catatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang s! entiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah&n! bsp; memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah! (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, 'Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, 'Suaminya. 'Siapa pula berhak terhadap lelaki?' Jawab Rasulullah, 'Ibunya'.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suami! nya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w ) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu ! daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. 'Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

BELAJARLAH BERSYUKUR

Melihat Positif & Negatif

1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, BERSYUKUR kerana beliau tidur disisi kita, bukan dengan orang lain.

2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan,
BERSYUKUR kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita
cukup makan.

5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang
perlu dikemas, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. untuk bunyi bising jiran-jiran, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih
lagi boleh mendengar.

7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok, BERSYUKUR kerana itu
bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, BERSYUKUR kerana
itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, BERSYUKUR kerana itu
bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10. untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, BERSYUKUR kerana
itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

BELAJARLAH BERSYUKUR... ...

SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

PERATURAN PENDIDIKAN LUAR

Peraturan dan arahan tetap perkhemahan dalam Kursus Pendidikan Luar perlu diadakan dan dikuatkuasakan supaya program dapat berjalan dengan lancar, berdisiplin, selamat dan mencapai objektif.
Peraturan perkhemahan perlulah menyeluruh, mudah difahami dan diterima pakai oleh semua.

1. Peserta mesti mematuhi semua arahan, jadual aktiviti dan melibatkan diri secara menyeluruh dalam program.

2. Peserta hendaklah menjalinkan hubungan silaturahim, kenal mengenali dan hormat menghormati antara satu sama lain.

3. Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau apabila masuk waktu.

4. Peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program yang diatur.

5. Peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan yang disediakan. Dilarang merosak atau memindahkan peralatan ke tempat lain tanpa kebenaran.

6. Peserta dilarang merokok.

7. Dilarang membuang sampah di merata-rata tempat dan menjadi tanggungjawab peserta menjaga kebersihan kawasan.

8. Peserta dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok dan perlu mengamalkan mesra alam sekitar.

9. Peserta dilarang membunuh fauna dan merosakkan habitatnya.

10. Peserta lelaki dilarang masuk ke kawasan perkhemahan perempuan ddan juga sebaliknya tanpa kebenaran.

11. Pergaulan yang sihat secara beramai adalah dibenarkan tetapi berpasangan lelaki dan perempuan sepanjang perkhemahan adalah ditegah.

12. Peserta mesti sentiasa berpakaian kemas dan dilarang memakai selipar atau kain pelikat ketika di dewan makan atau keluar daripada kawasan perkhemahan.

13. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali.

14. Peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah selepas jam 12.00 tengah malam.

15. Peserta dilarang memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa kebenaran.

16. Peserta yang melanggar peraturan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa/Urusetia.

17. Peserta dilarang membeli makanan dan minuman dari luar semasa aktiviti tanpa kebenaran.

18. Peserta di larang keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi dengan kebenaran.

19. Peserta mesti bertanggungjawab terhadap penjagaan diri, peralatan dan harta persendirian.

20. Peserta dilarang membakar dalam kawasan perkhemahan tanpa kebenaran.

21. Penggunaan peralatan berbahaya dan berisiko perlu mendapat kebanran dan pengawasan jurulatih/fasilitator.

22. Peserta dilarang beriteraksi dengan orang luar yang tidak dikenali tanpa kebenaran.

23. Peserta dilarang menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran.

24. Peserta mesti mematuhi lain-lain arahan mengenali keselamatan dari masa ke semasa jika difikirkan perlu.

Wednesday, December 23, 2009

Sebahagian pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPG Kampus Kota Bharu.

Duduk dari kiri: Tn.Hj.Aziz bin Jaafar, En.Mohd Yazid bin Deraman (Ketua Jabatan PJK), En.Hashim bin Deraman (Pengarah IPG KKB), En.Wan Suhaimi bin Wan Setapa dan Tn.Hj.Wan Mohd Zil bin Wan Salleh.

Berdiri dari kiri: En.Wan Zamri bin Wan Muhamad, En.Che Kamaruddin bin Che Mamat, En.Khairul Azman bin Khairudin dan En.Mohd Noorlan bin Zakaria.

Dengan ucapan: Selamat menyambut tahun baru 2010 dengan tekad dan azan yang baru. Tahinah kepada mereka yang berjaya dan mendapat sijil penghargaan daripada IPG dan berusaha dengan gigih lagi bagi mereka yang masih belum berjaya. Insya-Allah rezeki pasti ada, cuma tunggu giliran sahaja.

KELAS PPISMP P KHAS (JULAI 2008) SEM 3

Diucapkan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya meneruskan pengajian di IPG Kampus Kota Bharu sebagai pelajar PISMP Sem 1 Jan 2010.

Khas buat pelajar-pelajar Opsyen Pendidikan Khas (dalam gambar), yang sesetengah tu tidak pernah pun menjejakkan kaki ke Jabatan Pendidikan Jasmani.

Diharapkan agar bertambahlah usaha pada tahun 2010...yea lah... dah masuk alam Program Ijazah. Biarlah penampilan pun seperti pelajar ijazah juge ye...!!!

Cara belajar pun dah tak sama. Pensyarah tidak lagi mengajar seperti sebelum ini. Semua pelajar kena buat dan cari sendiri. Siapa yang lambat macam siput babi...dia akan dapat siput babi lee jawabnya. Walau apapun, tahniah sekali lagi kerana anda telah berjaya meneruskan pengajian..dan dengan harapan agar lebih gigih lagi...ok!!!

Terapi Pernafasan Dalam Sukan.

Sukan menyediakan terapi pernafasan kepada atlet-atletnya. Mengapa demikian? Pada hal beberapa sukan lain ada yang tidak diajarkan terapi pernafasan pada atlet mereka. Alasannya adalah demikian:

Pernafasan bukanlah sekadar melatih untuk membangkitkan tenaga, tetapi juga bagaimana menyalurkan tenaga tersebut untuk menyerang, menolak atau melempar dalam gerakan yang cepat. Bahkan pernafasan seharusnya dapat digunakan untuk mempercepat gerakan seseorang. Untuk itu, diperlukan pembentukan otot yang besar sebelum diberikan terapi pernafasan.

Terapi pernafasan dapat membentuk otot dan postur tubuh. Mereka dilatih untuk melakukan seluruh teknik dengan kecepatan yang tinggi dan tenaga yang banyak. Ada yang belajar terapi pernafasan untuk menguatkan badan, meringankan tubuh, bahkan terapi pernafasan boleh digunakan untuk tujuan perubatan dengan segala macam teorinya. Ketahuilah bahawa terapi pernafasan, untuk apapun tujuannya, tidaklah semudah apa yang dikatakan. Terapi pernafasan memerlukan latihan dan teknik yang betul supaya ia lebih efektif.


Pernafasan adalah satu proses yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Sejak bermulanya kehidupan manusia sehingga saat akhir kehidupan mereka memerlukan pernafasan. Manusia bernafas secara puratanya adalah 30,000 kali dalam sehari. Oleh itu corak dan cara pernafasan menentukan tahap kesihatan seseorang. Cara seseorang itu bernafas juga memberi kesan yang besar terhadap corak kehidupan seseorang. Jika dikaji rentak dan cara seseorang itu bernafas akan memberikan gambaran yang jelas terhadap emosinya dan mental mereka. Namun kita telah dilazimkan bahawa corak pernafasan adalah satu perkara di luar kawalan manusia maka kita langsung mengabaikan latihan yang sepatutnya banyak membantu kita untuk meringankan masalah dalam diri. Kajian perubatan mengatakan bahawa latihan pernafasan yang betul serta dalam semasa tertekan , membantu kita mencapai ketenangan. Kesedaran tentang penggunaan terapi pernafasan ini telah wujud sejak beribu tahun dahulu dan telah digunakan dalam agama dan budaya secara meluas. Dalam agama ia digunakan secara meluas dalam meditasi dan upacara sembahyang.

Bernafas dengan efektif adalah teknik releksasi yang penting. Pernafasan yang dalam akan membekalkan cukup oksigen kepada sel badan, ini akan menghasilkan ketenangan kepada badan dan minda. Pernafasan merupakan asas kepada kehidupan dan ia merupakan satu sistem fisiologi yang terpenting untuk menjalankan aktiviti harian individu. Pernafasan meningkatkan fungsi respiratori, gerak balas jantung, meningkatkan pengoksidaan darah dan menenangkan saraf. Cara pernafasan yang mendalam dan terkawal dapat membantu menjalankan latihan dengan lebih sempurna. Oleh itu setiap individu perlu mengetahui cara pernafasan yang terkawal kerana ini akan memberikan kesan serta merta dalam mengawal tekanan.

Kemahiran otot ke minda yang utama adalah terapi pernafasan di mana atlet menarik nafas dengan dalam dan secara perlahan-lahan. Kemahiran latihan ini adalah seperti :-

a. Pernafasan sepenuhnya
b. Menghembus nafas dengan penuh kelegaan (sighing with exhalation)
c. Pernafasan beritma.

Aspek utama pernafasan ialah ada perkaitan antara pernafasan dengan emosi, pemikiran dan tingkahlaku manusia. Terdapat sesetengah pendapat menyatakan ia mempunyai kaitan antara psikologi dan fisiologi manusia dalam kehidupan seharian. Terapi pernafasan ini dikaitkan dengan pemikiran, tubuh badan manusia dan jiwa. Ilmu kejiwaan telah mencadangkan supaya terapi pernafasan ini dipraktikkan untuk mengurangkan masalah tekanan emosi seseorang. Ada pendapat menyatakan bahawa pernafasan akan memberikan kesan ke atas cara pemikiran dan perlakuan manusia. Terdapat satu hubungan yang terus antara pernafasan dengan kehidupan manusia. Pernafasan boleh digunakan untuk menukar tahap mental dan emosi individu.

PERGERAKAN LOKOMOTOR

1.0 PENGENALAN

Definasi pergerakan adalah sebarang bentuk gerak (movement) yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Pergerakan Lokomotor dan Manipulasi Peralatan Semasa Aktiviti Lokomotor:


2.0 PERGERAKAN LOKOMOTOR KREATIF

Pergerakan lokomotor secara kreatif dapat dilakukan dengan menyerapkan empat aspek pergerakan, iaitu

2.1 Ruang

Ruang ialah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ia terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan. Ruang diri dan ruang am meliputi bahagian kawasan seperti : a) aras - tinggi, sederhana, rendah b) arah - hadapan, belakang sisi, atas, bawah c) aliran - awangan, lantai, lurus, berliku-liku, zig-zag d) ekstensi - mengecil, membesar

2.2 Masa

Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawal-lambat dan serta-merta. Kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaan ruang yang ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat. a) Serta-merta - Pergerakan dilakukan dalam masa yang singkat. Pergerakan ini cepat, tegas, spontan dan dinamik. b) Kawal-lambat - Pergerakan yang perlahan, mengambil masa dan dapat dikawal. Lakuannya lambat, licin, beralun dan berayun, boleh dirasakan sebagai sesuatu yang tidak perlu cepat atau tergesa-gesa.

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Pergerakan Lokomotor dan Manipulasi Peralatan Semasa Aktiviti Lokomotor



2.3 Beban

Aspek beban merupakan kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang. Kualiti pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan dan keupayan otot semasa melakukan pergerakan. a) Halus-ringan - Lakuan pergerakan yang lembut, halus dan sensitif menggunakan kekuatan otot yang ringan semasa bergerak bebas dan setempat. b) Berat-kuat - Lakuan pergerakan yang tegas, kuat, bertenaga dan pantas. Memerlukan tenaga dan menggunakan otot-otot yang kuat.

2.4 Aliran

Aspek aliran merupakan beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusan dan licin. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan secara aliran bebas dan aliran terikat.

3.0 PERGERAKAN LOKOMOTOR

Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang.

3.1 Konsep Pergerakan Lokomotor

Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.

3.1.1 Arah:

Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke kiri atau ke kanan

3.1.2 Haluan

Haluan ialah melibatkan corak gerakan contohnya samada boleh dalam bentuk lurus, bengkang bengkok, zig zag dan lain-lain Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Pergerakan Lokomotor dan Manipulasi Peralatan Semasa Aktiviti Lokomotor






3.1.3 Masa

Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan, masa boleh dalam keadaan cepat atau pelahan, dengan cara tiba-tiba atau terkawal

3.2 Bentuk Pergerakan Lokomotor

3.2.1 Berjalan

Di antara aktiviti berjalan yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: a) Jalan berundur dan kemudian ke hadapan b) Berjalan dengan melakonkan gaya robot atau askar permainan berjalan c) Berjalan dengan melakonkan gaya gegasi berjalan d) Berjalan dengan melakonkan gaya cara gorila berjalan e) Berjalan dengan melakunkan gaya meredah semak f) Berjalan dengan melakunkan gaya gajah berjalan g) Berjalan dengan melakunkan gaya anjing cedera di kaki berjalan h) Berjalan dengan melakunkan gaya patung berjalan i) Berjalan naik tangga

3.2.2 Berlari

Di antara aktiviti berlari yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: a) Berlari setempat dengan ayunan tangan yang lurus b) Berlari dengan pelahan serta lutut diangkat tinggi. c) Berlari pantas dan beransur-ansur pelahan d) Berlari dan berhenti apabila syarat di berikan dan berhenti apabila isyarat e) di berikan dan berlari semula f) Berlari kehadapan serta berundur kesisi g) Berlari mengikut seorang ketua Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Pergerakan Lokomotor dan Manipulasi Peralatan Semasa Aktiviti Lokomotor h) Berlari dengan pelbagai kelajuan berdasarkan arahan i) Berlari mengikut arah zig zag j) Lari beberapa langkah dan kemudian melompat

3.2.3 Melompat

Di antara aktiviti melompat yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Melompat seperti rusa melompat pagar 2. Melompat tali atau garisan di atas lantai 3. Melompat halangan yang di tinggikan sedikit dari paras lantai 4. Melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan 5. Melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat 6. Melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat 7. Melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat 8. Melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat 9. Melompat sambil mengubah arah lompatan.

MAKANAN DAN NUTRISI

GIZI

1. Semua benda hidup memerlukan tenaga untuk terus hidup, berkembang,bergerak dan sebagainya.

2. Makanan yang mengandungi semua jenis kelas makanan yang diperlukan oleh manusia setiap hari dalam kuantiti dan nisbah yang betuluntuk mendapatkan tenaga dan di kenali sebagai gizi.

3. Pada umumnya kita memerlukan makanan untuk :-

1. Mendapatkan tenaga dalam bentuk ATP (adenosina trifosfat) bagi segala kegiatan badan seperti gerakkan, pengucupan otot jantung. dan sebagainya

2. Membekalkan nutrien untuk membentuk tisu-tisu baru semasa pertumbuhan dan juga untuk membaiki tisu-tisu yang rosak.

3. Membekalkan tenaga haba kepada manusia untuk mengekalkan suhu badan.

4. Memastikan badan manusia mempunyai segala nutrien dan mengelakkan jangkitan penyakit dan pada masa yang sama,mengekalkan kesihatan umum manusia.

1. Makanan manusia boleh dibahagikan kepada tujuh kelas makanan yang utama:-

1. Karbohidrat.

2. Protein.

3. Lemak.

4. Vitamin.

5. Garam mineral.

6. Air.

7. Pelawas.

1. Semua makanan di atas di ambil dalam kadar yang mencukupi dan mengikut keperluan semasa.

2. Gizi yang seimbang mestilah terdiri daripada:-

1. Semua jenis kelas makanan yang disebut di atas dalam kadar yang betul.

2. Jumlah kalori makanan yang mencukupi.



Kelas Makanan, Fungsi dan Sumbernya.

1. Setiap manusia memerlukan komposisi makanan yang betul dan mencukupi untuk mengekalkan kesihatan umum yang baik.

2. Suatu contoh makanan yang mempunyai kesemua kandungan zat yang diperlukan oleh badan ialah susu.

3. Oleh itu, bayi yang baru dilahirkan boleh mendapatkan bekalan zat makanan yang diperlukan untuk tenaga, pertumbuhan dan mengekalkan kesihatan umumnya daripada susu.

4. Walau bagaimanapun bagi orang dewasa susu tidak cukup untuk memberi zat-zat yang mencukupi.

5. Oleh itu, orang dewasa memerlukan makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak, garam mineral, vitamin, air dan juga pelawas dalam gizi hariannya.

SASARAN KANSER

Payudara

Sejenis kanser yang kekal menjadi pembunuh utama bagi wanita yang diserang ialah karsinoma payudara. Walaupun penyakit ini kebiasaannya menyerang wanita muda tetapi amat jarang berlaku di kalangan wanita yang berusia kurang daripada 25 tahun. Sekurang-kurangnya setengah daripada pesakit akan mati akibat metastasis yang berlaku.

Antara wanita yang mempunyai risiko tinggi untuk memperolehi karsinoma payudara adalah mereka yang mempunyai salasilah keluarga yang mengalami kanser daripada jenis yang sama. Ini termasuk mereka yang mempunyai hubungan rapat seperti ibu, anak dan adik-beradik. Wanita yang pernah mengalami kanser payudara berisiko untuk memperolehi kanser yang sama untuk kali kedua. Begitu juga bagi wanita yang didiagnosiskan mempunyai penyakit fibrosistik juga mempunyai risiko kanser payudara yang tinggi sekiranya penyakit fibrosistiknya dapat dikenal pasti secara histologi.

Wanita yang hamil pada usia awal boleh mengurangi berlakunya risiko kanser payudara. Bagi mereka yang hamil kali pertama selepas usia 35 tahun mempunyai risiko dua hingga tiga kali lebih tinggi berbanding dengan populasi yang ada wanita muda darinya.

Kajian secara epidemiologi ke atas karsinoma payudara menunjukkan terdapatnya beberapa faktor yang berhubungkait dengan peningkatan risiko mengalami karsinoma payudara. Antara faktor yang berkaitan termasuklah tahap pemakanan dan status sosioekonomi yang tinggi. Ini kerana jaminan atau kemajuan kesihatan yang baik menyebabkan usia matang dicapai lebih awal sebaliknya masa menopos dilambatkan. Keadaan ini membenarkan epitelium payudara membahagi secara aktif dan amat peka terhadap aruhan karsinogenik untuk jangka masa yang panjang. Simpton kanser payudara ditunjukkan dengan kehadiran ketulan pada payudara, pendarahan puting payudara dan perubahan bentuk payudara tersebut.

Masa sesuai untuk minum

Correct timing to take water, will maximize its effectiveness to Human body.

Two (02) glass of water - After waking up - Helps activate internal organs

One (01) glasses of water - 30 minutes before meal - Help digestion

One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure

One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack

GLUKOSA UNTUK AKTIVITI BERSUKAN

MENGAPA kebanyakan gol dalam permainan bola sepak, bola keranjang atau hoki dijaringkan di saat-saat akhir permainan?
Ini kerana, pemain akan keletihan dan tidak mempunyai cukup tenaga. Inilah yang melemahkan pertahanan mereka.
Ahli-ahli sukan sentiasa mencari formula ajaib untuk memperbaiki pencapaian, meningkatkan kekuatan dan ketahanan mereka. Jawapannya ialah latihan, pemakanan yang baik, masa makan dan minum yang sesuai.
Pemain perlu menukar tabiat makan mereka untuk meningkatkan prestasi ke tahap maksimum.
Otot-otot menggunakan lebih banyak tenaga semasa senaman intensif berbanding aktiviti yang kurang intensif. Hanya karbohidrat seperti glukosa boleh dibakar dengan begitu cepat untuk mengekalkan kadar penggunaan tenaga yang tinggi.
Senaman kurang intensif hanya menggunakan campuran lemak, glukosa dan glikogen.
Segala bentuk senaman adalah berasaskan pengecutan otot. Ini bermakna pembakaran tenaga. Otot-otot kita digunakan sepanjang masa. Itulah sebabnya darah mempunyai bekalan glukosa yang berterusan untuk aktiviti biasa seperti turun naik tangga, berdiri dalam bas yang penuh sesak atau menangani keletihan mental.
Aktiviti-aktiviti ini menggunakan simpanan tenaga dalam badan kita. Tahukah anda dari mana datangnya tenaga dalam badan anda?
Untuk senaman yang lasak dan memenatkan, badan akan mendapat tenaga segera daripada glukosa dan glikogen. Individu yang ingin mengurangkan berat badan dan cuba menggunakan tenaga daripada tisu adipos perlu melakukan senaman secara tetap sekurang-kurangnya 3 hingga 4 kali seminggu.
Karbohidrat disimpan dalam otot-otot dan hati sebagai glikogen. Semasa senaman, glikogen digunakan untuk membekalkan tenaga kepada otot-otot yang bekerja. Itulah sebabnya kita perlu mengisi sepenuhnya simpanan glikogen sebelum melakukan sebarang aktiviti untuk membolehkan pencapaian maksimum. Pengambilan makanan ringan yang kaya dengan karbohidrat, dua hingga tiga jam sebelum latihan sangat penting bagi atlet. Karbohidrat dipecahkan menjadi glukosa, yang membekalkan tenaga kepada otot-otot yang bekerja.
Keperluan tenaga dan air
Semasa aktiviti sukan atau sewaktu rehat separuh masa perlawanan bola sepak atau bola jaring, kita berpeluang menambah tenaga dengan mengambil sesuatu yang mengandungi glukosa atau gula.
Begitu juga dengan kanak-kanak sekolah yang menyertai aktiviti sukan.
Mereka boleh diberi glukosa, air, pisang atau dadih. Kehilangan hanya dua peratus berat badan menerusi kehilangan bendalir dalam badan boleh mengurangkan pencapaian keseluruhan sebanyak 10 hingga 20 peratus.
Itulah sebabnya kita perlu memberikan sekurang-kurangnya satu liter air kepada setiap kanak-kanak dan sedikit makanan atau minuman glukosa sebaik sahaja mereka selesai menjalani latihan.
Pakar-pakar pemakanan sukan di United Kingdom (UK) mencadangkan ibu bapa dan kanak-kanak menyediakan sendiri minuman mereka daripada 1000ml air, secubit garam, perasa tanpa gula dan 40-80g glukosa atau polimer glukosa.
Sebagai individu dan ahli keluarga yang prihatin, adakah kita memastikan anak-anak mengambil makanan dan minuman yang betul dan mencukupi untuk melakukan aktiviti senaman mereka setiap hari? Adakah mereka mengikuti latihan renang, badminton, bola sepak, tae kwan do dan bola jaring mengikut jadual yang ditetapkan setiap minggu? Adakah mereka mengambil makanan yang betul sebelum dan selepas latihan-latihan ini?
Pemain-pemain bola sepak Inggeris digalakkan mengambil minuman atau makanan ringan pemulihan yang mengandungi karbohidrat dan sedikit protein sebaik sahaja mereka selesai bermain. Pakar-pakar diet dan pemakanan sukan menekankan bahawa karbohidrat, yang dipecahkan menjadi glukosa, mempercepatkan pemulihan simpanan bendalir dan serat otot yang mengalami keletihan sebagai persediaan untuk sesi seterusnya. Pengambilan yang disyorkan, sama ada 50g karbohidrat, yang bersamaan dengan dua biji pisang besar, 75g kismis, 57g manisan rebus, tiga karipap, atau cara terus dan menyenangkan ialah segelas minuman glukosa. Ia perlu diambil dalam tempoh 30 minit selepas selesai latihan.

Saturday, October 17, 2009

KEJOHANAN KAGUM DI STADIUM BANDAR PENAWAR

KAGUM 2009; Berlangsung di Stadium Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor. Sempat dirakamkan sebahagian penonton yang datang ke stadium untuk memberi sokongan kepada IPG masing-masing.

Acara yang sedang berlangsung di stadium tersebut ialah olahraga acara balapan yang mana atlet IPGM Kampus Kota Bharu juga mengambil bahagian. Beberapa pingat berjaya dikutip pada hari tersebut antaranya ialah dalam acara jalan kaki 5000 meter lelaki, merejam lembing dan lempar cakera.

Kelihatan di gambar atlet dari IPGM Kota Bharu iaitu Tiah, Syikin, Fatim dan Jue yang melapangkan masa memberi sokongan kepada para atlet IPG yang bertanding. Mereka sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan IPGM Kampus Kota Bharu.

Friday, October 16, 2009

CALON YANG BERJAYA TEMUDUGA PEGAWAI BOMBA

Tidak sia-sia mencuba nasib mengikuti ujian amali semasa temuduga pegawai bomba baru-baru ini. Mereka adalah di antara 42 orang calon yang menghadiri sesi temuduga yang berlangsung di Ibu Pejabat Bomba Negeri Kelantan, Jalan Pekeliling.

"Saya amat berterima kasih dan bersyukur kerana telah berjaya temuduga kali ini" ujar En.Sharimi, salah seorang calon yang berjaya temuduga tersebut.

Di kalangan 42 orang calon yang menghadiri temuduga tersebut, seramai 7 orang peserta terdiri daripada perempuan. "Saya datang temuduga ni pun suka-suka saja, nak cuba nasib kalau-kalau berjaya tetapi saya tahu akan gagal kerana tidak berjaya dalam ujian turun bangunan" ujar Cik Aishah yang telah gagal dalam ujian amali turun tali atau abselling setinggi 60 kaki.

Eh, tersilap berita pula. Yang sebenarnya mereka ini ialah pelajar PISMP Major Pendidikan Jasmani Semester 4, yang mengikuti Program Pendidikan Keselamatan kerjasama Jabatan Pendidikan Jasmani IPGM Kampus Kota Bharu dengan Jabatan Bomba Negeri Kelantan. Program ini merupakan Subjek Elektif bagi pelajar major PJ Semester 3 iaitu Pendidikan Keselamatan (PKE 3102).

Tuesday, September 8, 2009

REKREASI BERKAYAK DI TASIK AGRO RESORT.

Walaupun tidak sesusah berkayak di lautan dengan ombak dan panas, berkayak di tasik juga mempunyai sedikit masalah. Maklumlah inilah kali pertama berkayak. Pengayuh simpang siur dibuatnya macam nak berperang. Nak ke kiri dikayuhnya ke kanan dan sebaliknya. Kekadang sakit perut juga tengok gelagat mereka berdayung. Sampai ada di kalangan mereka kayuh kayak bukannya ke depan tetapi undur ke belakang. Tidak terkecuali juga ada yang melanggar tebing dan kayak rakan yang berhampiran.

Yang paling melucukan ialah ada di kalangan pelajar yang tidak dapat mengawal pergerakan kayak yang menyebabkan kayak yang mereka naiki berpusing di tempat yang sama tanpa bergerak ke hadapan atau ke belakang. Itu semua bukanlah permasalahan utama, yang penting mereka semua menunjukkan kesungguhan dan semangat yang tinggi untuk belajar berkayak dengan baik. Tahniah...

REKREASI: Pelajar PPISMP PKhas dan PMulihan.

Agro Resort Terengganu merupakan tempat pilihan bagi pelajar IPGM Kampus Kota Bharu mengikuti Program Rekreasi. Pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar kursus PPISMP Pendidikan Khas dan Pemulihan.

Para pelajar sedang berakit yang mana mereka sendiri yang membina rakit tersebut yang terdiri dari tiub tayar lori dan batang paip. Kemahiran membuat rakit tersebut telah diberi tunjuk ajar oleh jurulatih yang berpengalaman di Agro Resort tersebut.

Aktiviti tersebut mengkehendaki pelajar membina rakit dan mereka akan berlumba mengelilingi sebuah pulau buatan sebanyak dua pusingan. Aktiviti tersebut sangat memenatkan namun kepuasan terpancar di wajah para pelajar kerana mendapat pengalaman baru.

Tuesday, September 1, 2009

AMALI OLAHRAGA: MAJOR PJ AMBILAN 2008

Sempat juga bergambar walaupun dalam keadaan gemuruh dan penat dengan amali yang berlangsung. Ujian 2.414 kilometer merupakan acara wajib dilalui oleh semua pelajar untuk lulus wajib amali olahraga.

Lihat pada wajah bebudak ni macam tak ada apa yang berlangsung. Ceria tetap diutamakan walaupun amali sedang berjalan. Maklumlah sudah lama mereka bersedia untuk diuji. Tahniah diucapkan.

KURSUS PEDAGOGI ASAS RENANG PENSYARAH IPGM

Sebahagian pensyarah yang sedang mengikuti kursus asas renang di Pusat Akuatik, Bukit Jalil. Peserta kursus didedahkan dengan teknik-teknik asas renang yang mesti dikuasai oleh para pensyarah. Ini adalah kali pertama saya dapat berenang di Pusat Akuatik tersebut. Lama dah tak berenang, semput juga dibuatnya. Maklumlah berenang di kolam renang tak sama berenang di sungai, tasik maupun laut. Tapi itu tak kisah asalkan objektif pembelajaran pada kali itu telah tercapai walaupun tidak sepenuhnya. Terima kasih leee IPGM Kota Bharu khasnya Ketua Jabatan PJK kerana calonkan saya sebagai peserta.

Monday, August 31, 2009

HARI KELUARGA JABATAN PJK

Kesempatan diambil dengan aktiviti pertandingan boling di Pusat boling Diman, Stadium Sultan Mizan. Bukan kemenangan yang diharapkan tetapi tujuan sebenarnya untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim keluarga pensyarah jabatan PJK.

Anak-anak lebih bersemangat untuk bergambar diikuti kaum ibu yang setia menemani suami masing-masing.

Tuesday, August 18, 2009

AZRIN: GONDOL PINGAT PERAK ACARA JALAN KAKI


Acara yang berlangsung di kejohanan Kagum 2009 di Stadium Bandar Penawar, Kota Tinggi. Azrin berjaya memperoleh pingat perak dalam acara jalan kaki 5,000 meter. Beliau tidak dapat menandingi atlet dari IPGMRM. Namun begitu beliau sangat berpuashati kerana dapat menamatkan jarak tersebut walaupun tidak pernah menghabiskan jarak tersebut semasa menjalani latihan.

Saya selaku jurulatih amat berpuashati dengan pencapaian Azrin kerana sepanjang sesi latihan beliau tidak dapat menamatkan jarak yang sepatutnya kerana kekangan waktu yang terlalu sibuk dengan tugasan peribadi seperti terpaksa menghadiri kuliah, menyiapkan tugasan, gerko dan kelas pendidikan jasmani. Saya berharap beliau dapat meneruskan perjuangannya dan akan dapat menyertai kejohanan Kagum pada tahun depan yang dijangkakan berlangsung di Sarawak.

FORUM KEMEROSOTAN SUKAN TANAHAIR


Forum berlangsung di Dewan Rahman Talib, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Para panel terdiri daripada Prof.Madya Dr.Jabar bin Hj.Johar, Dato'Siah Kok Chi setiausaha kehormat MOM dan Dr.Anuar Suun dari Majlis Sukan Negara. Banyak isu yang diketengahkan dan mendapat sambutan hangat daripada para penonton. Persoalan yang ditimbulkan dijawab oleh para panel dengan baik. Para hadirin sangat berpuashati dan mengharapkan agar program seumpama ini dapat dianjurkan lagi.

Monday, August 17, 2009

KENANGAN DI PULAU LANGKAWI


LANGKAWI; Bersama rakan-rakan panel penggubal soalan Sains Sukan SPM dan STPM 2007. Ketua penggubal, En.Wan Azlin yang bertugas di SMK Putra, Kota Bharu berasa gembira kerana dapat menyiapkan tugasan yang diamanahkan oleh JPN Negeri Kelantan untuk menyiapkan modul soalan Sains Sukan. Gambar dirakam di Dataran Lang, Langkawi pada waktu petang setelah penat memerah otak untuk menyiapkan tugasan.

En.Wan Mohd Zil selaku setiausaha menggubal soalan pada kali ini amat berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan kerana sanggup meninggalkan keluarga semata-mata untuk menggubal soalan. Soalan tersebut akan digunakan untuk peperiksaan percubaan SPM peringkat negeri Kelantan yang berlangsung pada bulan Oktober 2007. Kami menjalankan tugasan tersebut selama 4 hari 3 malam sebelum bertolak pulang bersama-sama dengan barang-barang yang dibeli di Pekan Kuah. Kami juga tidak ketinggalan melawat tempat-tempat yang bersejarah seperti Makam Mahsuri, Perkampungan Beras Terbakar, Padang Mat Sirat dan banyak lagi. Kenangan bersama para penggubal tersemat dalam album sanubari sehingga ke akhir hayat.

Sukan dan Rekreasi Pulau Perhentian

29 JULAI 2009: Pulau Perhentian menggamit saya dan guru-guru pelatih IPGM Kampus Kota Bharu, opsyen BM/Muzik dan Pendidikan Khas ke sana. Keriangan terpancar di wajah masing-masing untuk menjejak kaki di pulau yang indah itu. Cuaca yang elok pada hari itu menceriakan lagi perjalanan kami ditambah pula ini merupakan kali pertama pelajar-pelajar saya menjejakkan kaki di pulau tersebut. Antara aktiviti yang akan dijalankan di pulau tersebut termasuklah snokling, berkayak, jungle treking dan banyak lagi. Semoga pengalaman kami akan menjadi satu kenangan yang abadi.