Monday, August 8, 2011

Strategi P&P Konteksual - R.E.A.C.T.

RELATING

Pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup, atau membuat kaitan, merupakan suatu bentuk pembelajaran konteksual yang biasanya berlaku dikalangan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak membesar, adalah menjadi lebih sukar untuk menyediakan konteks pembelajaran yang bermakna. Kurikulum yang cuba menempatkan pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup mesti menumpukan perhatian pelajar kepada taakulan, peristiwa dan keadaan-keadaan harian. Kemudiannya, taakulan, peristiwa dan keadaan-keadaan harigan itu dipautkan dengan maklumat baru untuk diinternalisasikan atau menyelesaikan sesuatu masalah.

EXPERIENCING

Pengalaman - pembelajaran dalam konteks eksplorasi, penemuan, dan reka cipta - merupakan nadi pembelajaran konteksual. Walaupun pelajar-pelajar boleh dimotivasikan dengan strategi p&p seperti video, naratif, atau aktiviti berasaskan teks, tetapi mereka masih merupakan bentuk pembelajaran yang pasif secara bandingannya. Pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya pelajar-pelajar dapat memanipulasikan alatan dan bahan serta melakukan bentuk penyelidikan yang aktif.

APPLYING

Mengaplikasi konsep dan informasi dalam konteks berguna kerap kalinya dapat melonjakkan pelajar ke masa hadapan yang dibayangkan (pekerjaan yang akan ditempuri) atau lokasi yang tidak begitu biasa (tempat kerja sebenar). Dalam kursus pembelajaran konteksual, aplikasi seringnya berdasarkan aktiviti pekerjaan. Ini boleh dilakukan dengan teks, video, makmal dan amali. Kebanyakan sekolah akan mengadakan lawatan kilang, mentoring dan latihan kerja.

COOPERATING

Koperasi - pembelajaran dalam konteks berkongsi, bertindak balas, dan komunikasi dengan pelajar lain - merupakan strategi p&p yang utama dalam pembelajaran konteksual. Pengalaman berkoperasi bukan sahaja membantu kebanyakan pelajar mempelajari bahan pengajian, malah ia juga dengan konsisten dengan fokus dunia sebenar tentang pengajaran konteksual. Majian mementingkan pekerja yang boleh berkomunikasi, berkongsi maklumat, dan bekerja dengan selesanya dalam pasukan di tempat kerja. Justeru itu, adalah penting bagi pelajar untuk melatih kemahiran koperasi di sekolah.

Kerja-kerja makmal yang merupakan salah satu kaedah pengajaran utama dalam kursus konteksual, juga berbentuk koperatif. Biasanya pelajar-pelajar bekerja dengan ahli kumpulan untuk melakukan amali makmal. Penyelesaian amali makmal memerlukan delegasi, pemerhatian, cadangan dan perbincangan. Lazimnya, kualiti data yang dikumpul oleh sesuatu pasukan bergantung secara langsung kepada prestasi setiap ahlinya.

TRANSFERRING

Pembelajaran sesuatu isi dalam konteks pengetahuan yang sedia ada, atau memindahkannya adalah berlandaskan apa yang telah diketahui pelajar. Pendekatan ini menyerupai RELATING iaitu ia berasaskan perkara-perkara yang lazim dan diketahui. Secara tradisinya kebanyakan pelajar menghadapi situasi pembelajaran yang baru tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan sedia adanya. Guru boleh membantu meningkatkan kemuliaan dan keyakinan pelajar dengan menyediakan titian yang dapat menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa yang telah diketahui pelajar.

Pendekatan Konstruktivisme

Adakah Anda Mempraktikkan
Pendekatan Konstruktivisme

Anda telah mempraktikkan pendekatan konstruktivisme sekiranya:

Murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep.

Murid berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain.

Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka.

Semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah

Pelajaran berpusatkan murid

Aktiviti berasaskan 'hands-on' dan 'minds-on'

Guru mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir

Murid mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman idea tersebut

Murid merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya

Murid menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina

Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai

Murid digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru menerangkan teori

Guru mengemukakan soalan yang boleh meransangkan murid mencari jawapan

Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid

Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru

Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat murid

Murid bekerja dalam kumpulan

Sunday, August 7, 2011

Aktiviti Zapoleon

Antara aktiviti yang paling diminati oleh para peserta. Aktiviti yang membina keyakinan diri dan keberanian amat berfaedah kepada pelajar. Respon daripada semua peserta agar aktiviti sebegini perlu dijalankan lagi di masa akan datang. Ucapan syabas kepada semua peserta yang terlibat. Simpanlah pengalaman ini sehingga ke akhir hayat, jadikanlah ia sebagai bekalan di sepanjang usia anda sebagai seorang guru PJ di sekolah.

Kawad Buah Nyior

Antara aktiviti pagi yang dijalankan semasa Pendidikan Luar ialah kawad buah nyior. Para peserta dengan seronoknya melakukan aktiviti ini dengan membawa buah nyior masing-masing sambil kawad, berlari, berenang dan menyanyi.

Tujuan utama aktivti ini didedahkan ialah untuk menyedarkan para peserta betapa berharganya sesuatu perkara itu sekiranya ia diberikan tanggungjawab untuk menjaganya. Walaupun diri sendiri dalam kesusahan namun tanggungjawab tetap dipikul walaupun ia kadang-kadang menjadikan satu kesulitan dan masalah kepada mereka. Namun begitu, terpancar di wajah masing-masing satu cahaya kepuasan dan kegembiraan sepanjang menjalani aktiviti tersebut. Ianya bukanlah menjadi satu alasan kepada kegagalan seseorang dalam melakukan sesuatu aktiviti lasak seperti ini.





Amali Simpulan Ikatan

Amali ikatan merupakan amali wajib dalam kursus Pendidikan Luar bagi pelajar major PJ yang mengikuti kursus perguruan di IPG Kampus Kota Bharu. Amali ikatan dilakukan serentak dengan amali abseiling yang menguji kemampuan peserta melakukan beberapa jenis ikatan seperti yang diarahkan sebelum mereka melakukan amali abseiling.

Tahniah kepada semua peserta kursus kerana telah berjaya dengan cemerlang mengikuti kursus tersebut yang berlangsung selama 5 hari 4 malam di Pulau Perhentian, Terengganu.

Kelihatan dalam gambar 3 orang peserta sedang tekun berlatih ikatan sebelum diuji dalam amali ikatan yang dilakukan mengikut giliran. Objektif kursus telah tercapai di mana setiap peserta kursus telah berjaya menjalani ujian tersebut sekurang-kurangnya dapat melakukan ikatan sebanyak 8 jenis ikatan. Tahniah...