RELATING
Pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup, atau membuat kaitan, merupakan suatu bentuk pembelajaran konteksual yang biasanya berlaku dikalangan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak membesar, adalah menjadi lebih sukar untuk menyediakan konteks pembelajaran yang bermakna. Kurikulum yang cuba menempatkan pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup mesti menumpukan perhatian pelajar kepada taakulan, peristiwa dan keadaan-keadaan harian. Kemudiannya, taakulan, peristiwa dan keadaan-keadaan harigan itu dipautkan dengan maklumat baru untuk diinternalisasikan atau menyelesaikan sesuatu masalah.
EXPERIENCING
Pengalaman - pembelajaran dalam konteks eksplorasi, penemuan, dan reka cipta - merupakan nadi pembelajaran konteksual. Walaupun pelajar-pelajar boleh dimotivasikan dengan strategi p&p seperti video, naratif, atau aktiviti berasaskan teks, tetapi mereka masih merupakan bentuk pembelajaran yang pasif secara bandingannya. Pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya pelajar-pelajar dapat memanipulasikan alatan dan bahan serta melakukan bentuk penyelidikan yang aktif.
APPLYING
Mengaplikasi konsep dan informasi dalam konteks berguna kerap kalinya dapat melonjakkan pelajar ke masa hadapan yang dibayangkan (pekerjaan yang akan ditempuri) atau lokasi yang tidak begitu biasa (tempat kerja sebenar). Dalam kursus pembelajaran konteksual, aplikasi seringnya berdasarkan aktiviti pekerjaan. Ini boleh dilakukan dengan teks, video, makmal dan amali. Kebanyakan sekolah akan mengadakan lawatan kilang, mentoring dan latihan kerja.
COOPERATING
Koperasi - pembelajaran dalam konteks berkongsi, bertindak balas, dan komunikasi dengan pelajar lain - merupakan strategi p&p yang utama dalam pembelajaran konteksual. Pengalaman berkoperasi bukan sahaja membantu kebanyakan pelajar mempelajari bahan pengajian, malah ia juga dengan konsisten dengan fokus dunia sebenar tentang pengajaran konteksual. Majian mementingkan pekerja yang boleh berkomunikasi, berkongsi maklumat, dan bekerja dengan selesanya dalam pasukan di tempat kerja. Justeru itu, adalah penting bagi pelajar untuk melatih kemahiran koperasi di sekolah.
Kerja-kerja makmal yang merupakan salah satu kaedah pengajaran utama dalam kursus konteksual, juga berbentuk koperatif. Biasanya pelajar-pelajar bekerja dengan ahli kumpulan untuk melakukan amali makmal. Penyelesaian amali makmal memerlukan delegasi, pemerhatian, cadangan dan perbincangan. Lazimnya, kualiti data yang dikumpul oleh sesuatu pasukan bergantung secara langsung kepada prestasi setiap ahlinya.
TRANSFERRING
Pembelajaran sesuatu isi dalam konteks pengetahuan yang sedia ada, atau memindahkannya adalah berlandaskan apa yang telah diketahui pelajar. Pendekatan ini menyerupai RELATING iaitu ia berasaskan perkara-perkara yang lazim dan diketahui. Secara tradisinya kebanyakan pelajar menghadapi situasi pembelajaran yang baru tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan sedia adanya. Guru boleh membantu meningkatkan kemuliaan dan keyakinan pelajar dengan menyediakan titian yang dapat menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa yang telah diketahui pelajar.
No comments:
Post a Comment