Tanda dan gejala
- Badan panas bila disentuh
- Pernafasan meningkat
- Muka menjadi merah
- Tidak aktif dan lemah, sentiasa mahu tidur
- Resah gelisah
- Tiada selera makan
- Menggigil
Tindakan yang di ambil
- Biarkan pesakit berehat di tempat yang mempunyai peredaran udara yang baik.
- Pakaikan pakaian nipis.
- Beri minum air yang banyak.
- Beri ubat menurut arahan
- Mandi berjelum (mandi lap) jika suhu melebihi 380C.
Amaran
Sila bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera sekiranya :-
- Anak anda mempunyai suhu yang tinggi kerana suhu yang tinggi berpanjangan boleh mengakibatkan sawan.
- Demam yang berlarutan melebihi 3 hari, terutama sekiranya terdapat lapuran kes demam denggi, malaria atau sebarang penyakit bawaan nyamuk dikawasan sekitar.
Jenis
Pola perubahan suhu mungkin sekali-sekala membayangkan diagnosis perubatan:
- Demam terhenti-henti: Suhu tinggi hanya hadir bagi beberapa jam sehari dan normal pada waktu yang lain, contoh. malaria, kala-azar, pyaemia, atau septicemia. Dengan malaria, mungkin terdapat demam dengan tempoh 24 jam (harian / “quotidian”), 48 jam (demam setiap dua/tiga hari (“tertian”)), atau 72 jam (demam setiap tiga/empat hari (“quartan”), menunjukkan Plasmodium malariae). Pola ini mungkin kurang jelas bagi pengembara.
- Demam Pel-Ebstein: Demam khusus yang dikaitkan dengan lymphoma Hodgkin, demam tinggi pada satu minggu dan renda pada minggu berikut dan seterusnya. Bagaimanapun, terdapat perdebatan samaada pola ini benar-benar wujud.
- Demam berpanjangan: Suhu yang kekal melebihi normal sepanjang hari dan tidak berbeza melebihi 1 dalam 24 jam, contoh. lobar pneumonia, demam kepialu, jangkitan salur kencing, brucellosis, atau tifus. Demam kepialu mungkin menunjukkan pola demam khusus, dengan peningkatan bertingkat perlahan, dan puncak yang tinggi.
- Demam Naik turun (“Remittant”): Suhu kekal melebihi normal sepanjang hari dan naik turun lebih dari 1 dalam 24 jam, contoh. Jangkitan endokarditis.
Demam neutropenik, juga dipanggil febrile neutropenia, adalah demam tanpa kehadiran fungsi system imunisasi normal. Disebabkan ketiadaan neutrophil melawan bakteria, jangkitan bacteria boleh merebak dengan pantas dan demam ini biasanya dianggap kecermasan perubatan. Demam ini lebih biasa dilihat pada mereka yang menerima kemoterapi pemendam imunisasi berbanding mereka yang sihat.
Febricula adalah demam serdahana jangka pendek, punca tidak jelas, dan tanpa pathologi jelas.
Hiperpyrexia
Hiperpyrexia merupakan demam dengan suhu badan amat tinggi sama atau melebihi 41.5 °C (106.7 °F). Suhu tinggi sedemikian di anggap kecermasan perubatan kerana ia mungkin menunjukkan keadaan sebenar yang serius atau membawa kepada kesan sampingan yang besar.[9] Punca biasa adalah pendarahan otak (“[intracranial hemorrhage”). Punca lain yang mungkin termasuk sepsis, sindrom Kawasaki, sindrom maligan neuroleptik, kesan dadah, sindrom serotonin, dan rebut thyroid. Jangkitan merupakan punca biasa demam ketika suhu meningkat punca lain menjadi semakin biasa. Jangkitan yang dikaitkan dengan hiperpyrexia termsauk: roseola, rubeola dan jangkitan enteroviral. Penyejukan aggresif segera ke bawah <38.9 °C (102.0 °F) di dapati meningkatkan peluang terselamat. Hiperpyrexia berbeza dari hiperthermia dari segi bagi hiperpyrexia mekanisma pengawal suhu badan meletakkan suhu badan melebihi suhu normal dan kemudian menghasilkan haba bagi mencapai suhu ini, sementara bagi hiperthermia suhu badan meningakt melebihi titik suhu ditetapkan oleh badan manusia..
Hiperthermia
Hiperthermia berpunca dari beberapa sebab termasuk "heatstroke", sindrom maligan neuroleptik, hyperthermia maligan, perangsang seperti amphetamine dan kokain, tindak balas dadah idiosyncratic, dan sindrom serotonin.
Kegunaan
Terdapat pertikaian menyokong dan menolak kepentingan demam, dan isu ini adalah kontrovesi. Kajian ini menggunakan haiwan bertulang belakang berdarah panas dan manusia in vivo, dengan sesetengah mencadangkan mereka sembuh lebih cepat dari jangkitan atau penyakit kritikal kerana demam. Kajian Findland mencadangkan pengurangan kematian bagi jangkitan bacteria apabila demam hadir.
Secara teori, demam mampu membantu dalam pertahanan badan. Terdapat sesetengah tindak balas imunisasi penting yang dipertingkatkan oleh suhu, dan sesetengah pathogen dengan kecenderungan suhu ketat boleh dielakkan. Demam mungkin berguna pada tahap tertentu kerana ia membenarkan badan mencapai suhu tinggi, menyebabkan persekitaran tidak menyenangkan bago sesetengah pathogen. Sel darah putih juga membiak dengan pantas kerana persekitaran yang sesuai dan mampu membantu melawan pathogen dan mikrob merbahaya yang lain yang menceroboh badan.
No comments:
Post a Comment