Monday, May 21, 2012

PL KEMAS PERPADUAN 2010


Amali perkhemahan yang dijalankan di Pulau Perhentian pada 07 hingga 10 Julai 2011. Seramai 36 orang guru pelatih KDC KDPM KEMAS PERPADUAN bersama 5 orang pensyarah mengikuti program tersebut.

Antara amali yang dilaksanakan termasuklah;
a. Abseiling
b. Kayak
c. Ikatan tali
d. Orienteering dan snorkling
e. Gajet dan khemah
f.Ikhtiar hidup dan flora fauna.

Penyelaras ujian amali iaitu En.Che Kamaruddin bin Che Mamat amat berpuas hati dengan semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua guru pelatih yang terlibat.  Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pensyarah dan guru pelatih kerana telah memberikan kerjasama yang sangat baik dan bersungguh-sungguh.  Semoga apa yang dipelajari oleh guru pelatih akan dapat diaplikasi dalam proses pengajaran mereka dan dalam kehidupan seharian mereka amnya.

GLUKOSA UNTUK AKTIVITI BERSUKAN


MENGAPA kebanyakan gol dalam permainan bola sepak, bola keranjang atau hoki dijaringkan di saat-saat akhir permainan?
Ini kerana, pemain akan keletihan dan tidak mempunyai cukup tenaga. Inilah yang melemahkan pertahanan mereka.
Ahli-ahli sukan sentiasa mencari formula ajaib untuk memperbaiki pencapaian, meningkatkan kekuatan dan ketahanan mereka. Jawapannya ialah latihan, pemakanan yang baik, masa makan dan minum yang sesuai.
Pemain perlu menukar tabiat makan mereka untuk meningkatkan prestasi ke tahap maksimum.
Otot-otot menggunakan lebih banyak tenaga semasa senaman intensif berbanding aktiviti yang kurang intensif. Hanya karbohidrat seperti glukosa boleh dibakar dengan begitu cepat untuk mengekalkan kadar penggunaan tenaga yang tinggi.
Senaman kurang intensif hanya menggunakan campuran lemak, glukosa dan glikogen.
Segala bentuk senaman adalah berasaskan pengecutan otot. Ini bermakna pembakaran tenaga. Otot-otot kita digunakan sepanjang masa. Itulah sebabnya darah mempunyai bekalan glukosa yang berterusan untuk aktiviti biasa seperti turun naik tangga, berdiri dalam bas yang penuh sesak atau menangani keletihan mental.
Aktiviti-aktiviti ini menggunakan simpanan tenaga dalam badan kita. Tahukah anda dari mana datangnya tenaga dalam badan anda?
Untuk senaman yang lasak dan memenatkan, badan akan mendapat tenaga segera daripada glukosa dan glikogen. Individu yang ingin mengurangkan berat badan dan cuba menggunakan tenaga daripada tisu adipos perlu melakukan senaman secara tetap sekurang-kurangnya 3 hingga 4 kali seminggu.
Karbohidrat disimpan dalam otot-otot dan hati sebagai glikogen. Semasa senaman, glikogen digunakan untuk membekalkan tenaga kepada otot-otot yang bekerja. Itulah sebabnya kita perlu mengisi sepenuhnya simpanan glikogen sebelum melakukan sebarang aktiviti untuk membolehkan pencapaian maksimum. Pengambilan makanan ringan yang kaya dengan karbohidrat, dua hingga tiga jam sebelum latihan sangat penting bagi atlet. Karbohidrat dipecahkan menjadi glukosa, yang membekalkan tenaga kepada otot-otot yang bekerja.
Keperluan tenaga dan air
Semasa aktiviti sukan atau sewaktu rehat separuh masa perlawanan bola sepak atau bola jaring, kita berpeluang menambah tenaga dengan mengambil sesuatu yang mengandungi glukosa atau gula.
Begitu juga dengan kanak-kanak sekolah yang menyertai aktiviti sukan.
Mereka boleh diberi glukosa, air, pisang atau dadih. Kehilangan hanya dua peratus berat badan menerusi kehilangan bendalir dalam badan boleh mengurangkan pencapaian keseluruhan sebanyak 10 hingga 20 peratus.
Itulah sebabnya kita perlu memberikan sekurang-kurangnya satu liter air kepada setiap kanak-kanak dan sedikit makanan atau minuman glukosa sebaik sahaja mereka selesai menjalani latihan.
Pakar-pakar pemakanan sukan di United Kingdom (UK) mencadangkan ibu bapa dan kanak-kanak menyediakan sendiri minuman mereka daripada 1000ml air, secubit garam, perasa tanpa gula dan 40-80g glukosa atau polimer glukosa.
Sebagai individu dan ahli keluarga yang prihatin, adakah kita memastikan anak-anak mengambil makanan dan minuman yang betul dan mencukupi untuk melakukan aktiviti senaman mereka setiap hari? Adakah mereka mengikuti latihan renang, badminton, bola sepak, tae kwan do dan bola jaring mengikut jadual yang ditetapkan setiap minggu? Adakah mereka mengambil makanan yang betul sebelum dan selepas latihan-latihan ini?
Pemain-pemain bola sepak Inggeris digalakkan mengambil minuman atau makanan ringan pemulihan yang mengandungi karbohidrat dan sedikit protein sebaik sahaja mereka selesai bermain. Pakar-pakar diet dan pemakanan sukan menekankan bahawa karbohidrat, yang dipecahkan menjadi glukosa, mempercepatkan pemulihan simpanan bendalir dan serat otot yang mengalami keletihan sebagai persediaan untuk sesi seterusnya. Pengambilan yang disyorkan, sama ada 50g karbohidrat, yang bersamaan dengan dua biji pisang besar, 75g kismis, 57g manisan rebus, tiga karipap, atau cara terus dan menyenangkan ialah segelas minuman glukosa. Ia perlu diambil dalam tempoh 30 minit selepas selesai latihan.

Kanser Serviks

Pangkal Rahim (Serviks)
Kanser serviks ialah sejenis tumor malignan yang menjadi penyebab kedua kematian pesakit kanser pada kaum wanita selepas kanser payudara. Kanser ini boleh berlaku akibat hubungan seks yang bebas dan rambang. Hubungan seks rambang dan koitus pertama pada usia awal menjadi faktor penting dalam menyumbang kepada perkembangan neoplasia intraepitelium serviks (CIN). Kebiasaannya, proses CIN bermula pada suatu bahagian di serviks tetapi proses itu menular ke kawasan sekelilingnya. Tempat proses CIN sering bermula adalah di kawasan antara epitelium skuama dan epitelium turus. Terdapat tiga jenis karsinoma serviks, iaitu adenokarsinoma, karsinoma epidermal dan campuran kedua-duanya. Kesemuanya berasal daripada sel yang sama tetapi karsinoma epidermal ialah kejadian yang paling kerap dialami oleh pesakit kanser serviks. Perkembangan kanser serviks boleh dibahagi kepada empat tahap. Tahap 1 melibatkan proses kewujudan tumor pada serviks. Pada tahap 2, tumor mula tersebar ke bahagian atas vagina dan seterusnya tahap ke-3 melibatkan perlekatan tumor pada tulang dinding pelvik. Akhirnya, pada tahap ke-4, pertumbuhan tumor mula menular ke kawasan kelenjar mukosa dan mukosa rektum.
Kanser serviks biasanya menyerang wanita yang berusia dua puluhan ke atas dan kerapkali berlaku pada wanita yang berumur 40 ke 50 tahun. Walau bagaimanapun, pada masa kini golongan yang lebih muda didapati turut menghidap penyakit ini memandangkan pertambahan wanita yang melakukan hubungan seks pada usia yang lebih awal. Kanser serviks pada tahap in situ adalah tidak jelas dan memerlukan 10 hingga 15 tahun untuk menjadi kanser. Namun begitu ‘Papahico Lous Smear’ (Pap Calitan) ialah kaedah yang sangat berguna sekurang-kurangnya untuk pengesanan di tahap awal kanser.
Tanda Penyakit Kanser Serviks
Antara simpton yang ditunjukkan ialah pendarahan antara julat masa (sekiranya menstruasi), dalam wanita pos-menopos dan pendarahan vaginal. Simptom lain ialah kesakitan pada bawah abdomen dan berlaku keputihan yang berlebihan.

TEORI KONSTRUKTIVITISME


Anda telah mempraktikkan pendekatan konstruktivisme sekiranya:

[  Murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep.
[  Murid berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain.
[  Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka.
[  Semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah
[  Pelajaran berpusatkan murid
[  Aktiviti berasaskan 'hands-on' dan 'minds-on'
[  Guru mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
[  Murid mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman idea tersebut
[  Murid merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya
[  Murid menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina
[  Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai
[  Murid digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru menerangkan teori
[  Guru mengemukakan soalan yang boleh meransangkan murid mencari jawapan
[  Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid
[  Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru
[  Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat murid
[  Murid bekerja dalam kumpulan

BINATANG YANG PUPUS


Dinosaur merupakan haiwan reptilia yang mendiami bumi hampir 230 juta tahun dahulu.Pupus disebabkan perubahan iklim atau cuaca di bumi 700 tahun dahulu.
Dodo (Raphus cucullatus) adalah burung yang tak dapat terbang yang hidup di pulau Mauritius.Dodo pupus antara pertengahan sampai akhir abad ke-17.Ia pupus disebabkan kemusnahan hutan yang menjadi sumber makananya.

Mammoth ialah Sejenis gajah.Ia diburu pada zaman batu.

Quagga (Equus quagga quagga)ialah sejenis kuda badanya separuh kuda belang dan kuda.Pupus disebabkan oleh pemburuan secara berluasa oleh manusia.