Perkataan ‘doping’ dalam sukan merujuk kepada penggunaan
dadah/ubat yang diharamkan oleh International Olympic Council (IOC), bagi
tujuan mendapatkan kelebihan dalam prestasi atlit. Doping dalam abad-abad
kebelakangan ini telah menjadi sebutan dan amalan atlit profesional mahupun
amatur dan ini telah menambahkan lagi cabaran bagi pihak makmal dalam
pengesanan dan penganalisaan dadah-dadah ini. OIeh kerana atlit sentiasa
mencari kelebihan untuk mengejar kemenangan, edaran dadah secara haram
berleluasa di seluruh dunia melalui sama ada internet, bahan bercetak atau
hubungan peribadi. Kepelbagaian jenis dadah serta teknik menggunanya telah
menyulitkan lagi penyaringan dadah dan makmal perlu sentiasa berwaspada kepada
perubahan trend dalam masalah ini.
Pengharaman dadah dalam sukan mempunyai dua justifikasi;
pertama, ia memberi kelebihan (atau ‘advantage’) kepada atlit yang menggunanya
serta melanggar segala peraturan dan makna keadilan dalam pertandingan dan
kedua, cara pengambilan dan jumlah yang digunakan memudaratkan seseorang
individu. Malah dalam arena sukan, banyak kes-kes kematian telah berlaku akibat
penggunaan dadah secara langsung atau tidak langsung.
Sudah jelas - Anabolic Steroids - digunakan untuk menguatkan otot dan sering kali digunakan ke atas sukan yang memerlukan penggunaan tenaga berlebihan seperti lontar peluru dan pecut. Beta - Selain itu juga ia membantu untuk mengurangkan tekanan darah dan selalu dilihat digunakan kepada penembak bagi mengurangkan getaran ketika memetik picu pistol. Diuretics - digunakan untuk mengurangkan kadar air dalam badan bagi meringankan berat semasa penimbangan, terutamanya dalam sukan tinju dan mendayung. Bagaimanapun implikasi dari penggunaan ini ke atas atlet boleh menyebabkan mereka kekurangan air dalam badan.Agak malang kerana pengambilan dadah rangsangan dalam sukan ini sudah lama ber-laku. Ia seperti cendawan yang baru tumbuh. Penggunaannya terlalu tinggi. Hari ini, WADA dan agensi sukan telah melancarkan perang besar-besaran terhadap pengambilan dadah dalam sukan agar ia tidak berkembang, selaras dengan perkembangan sukan moden hari ini.
Namun demikian, dunia sukan kini
bukan sahaja merupakan satu peluang untuk mempertingkatkan semangat kesukanan
dan setia kawan, tetapi ia juga satu acara beradu kekuatan dan ini sudah mula
mencabar etika kesukanan itu sendiri. Olahragawan serta olahragawati sekarang
menghadapi tekanan yang amat tinggi untuk berjaya sehingga berlakunya beberapa
episod yang boleh mencemar semangat kesukanan. Antaranya adalah penggunaan
dadah tertentu bagi meningkatkan lagi prestasi mereka. Perbuatan ini amatlah
memalukan kerana mereka sanggup menggadaikan prinsip-prinsip kesukanan yang
sepatutnya dipupuk dalam temasya sukan seperti ini. Apalagi memandangkan
penggunaan dadah dalam sukan juga mempunyai berbagai kesan yang boleh
mendatangkan mudarat, termasuk maut. Sebagai contoh, antara kejadian maut yang
paling awal dirakamkan adalah dalam tahun 1904 di Greece, semasa Sukan Olimpik,
apabila seorang pelumba basikal menyalahgunakan dadah striknin.
Kini beberapa syarat ketat dikenakan
untuk tujuan mengesan dan mengenalpasti jenis-jenis dadah yang digunakan dalam
temasya sukan diberbagai peringkat. Semua ini menunjukkan bahawa kesukanan
sering dicemari dengan bahan-bahan baru yang sentiasa diperkenalkan bagi
meningkatkan lagi keupayaan bersukan, selagi semangat kesukanan yang jitu tidak
diamalkan oleh pihak-pihak yang terlibat. Faktor seperti tekanan untuk menjadi
kaya dan keinginan menjadi jaguh terkenal sering mendorong kepada penggunaan
dadah-dadah sedemikian.
No comments:
Post a Comment