Tuesday, October 4, 2011

Kanser Serviks

Pangkal Rahim (Serviks)
Kanser serviks ialah sejenis tumor malignan yang menjadi penyebab kedua kematian pesakit kanser pada kaum wanita selepas kanser payudara. Kanser ini boleh berlaku akibat hubungan seks yang bebas dan rambang. Hubungan seks rambang dan koitus pertama pada usia awal menjadi faktor penting dalam menyumbang kepada perkembangan neoplasia intraepitelium serviks (CIN). Kebiasaannya, proses CIN bermula pada suatu bahagian di serviks tetapi proses itu menular ke kawasan sekelilingnya. Tempat proses CIN sering bermula adalah di kawasan antara epitelium skuama dan epitelium turus. Terdapat tiga jenis karsinoma serviks, iaitu adenokarsinoma, karsinoma epidermal dan campuran kedua-duanya. Kesemuanya berasal daripada sel yang sama tetapi karsinoma epidermal ialah kejadian yang paling kerap dialami oleh pesakit kanser serviks. Perkembangan kanser serviks boleh dibahagi kepada empat tahap. Tahap 1 melibatkan proses kewujudan tumor pada serviks. Pada tahap 2, tumor mula tersebar ke bahagian atas vagina dan seterusnya tahap ke-3 melibatkan perlekatan tumor pada tulang dinding pelvik. Akhirnya, pada tahap ke-4, pertumbuhan tumor mula menular ke kawasan kelenjar mukosa dan mukosa rektum.

Kanser serviks biasanya menyerang wanita yang berusia dua puluhan ke atas dan kerapkali berlaku pada wanita yang berumur 40 ke 50 tahun. Walau bagaimanapun, pada masa kini golongan yang lebih muda didapati turut menghidap penyakit ini memandangkan pertambahan wanita yang melakukan hubungan seks pada usia yang lebih awal. Kanser serviks pada tahap in situ adalah tidak jelas dan memerlukan 10 hingga 15 tahun untuk menjadi kanser. Namun begitu ‘Papahico Lous Smear’ (Pap Calitan) ialah kaedah yang sangat berguna sekurang-kurangnya untuk pengesanan di tahap awal kanser.

Tanda Penyakit Kanser Serviks
Antara simpton yang ditunjukkan ialah pendarahan antara julat masa (sekiranya menstruasi), dalam wanita pos-menopos dan pendarahan vaginal. Simptom lain ialah kesakitan pada bawah abdomen dan berlaku keputihan yang berlebihan.

No comments:

Post a Comment