Tuesday, October 4, 2011

Kanser Payu Dara

Sasaran Kanser

Payudara

Sejenis kanser yang kekal menjadi pembunuh utama bagi wanita yang diserang ialah karsinoma payudara. Walaupun penyakit ini kebiasaannya menyerang wanita muda tetapi amat jarang berlaku di kalangan wanita yang berusia kurang daripada 25 tahun. Sekurang-kurangnya setengah daripada pesakit akan mati akibat metastasis yang berlaku.

Antara wanita yang mempunyai risiko tinggi untuk memperolehi karsinoma payudara adalah mereka yang mempunyai salasilah keluarga yang mengalami kanser daripada jenis yang sama. Ini termasuk mereka yang mempunyai hubungan rapat seperti ibu, anak dan adik-beradik. Wanita yang pernah mengalami kanser payudara berisiko untuk memperolehi kanser yang sama untuk kali kedua. Begitu juga bagi wanita yang didiagnosiskan mempunyai penyakit fibrosistik juga mempunyai risiko kanser payudara yang tinggi sekiranya penyakit fibrosistiknya dapat dikenal pasti secara histologi.

Wanita yang hamil pada usia awal boleh mengurangi berlakunya risiko kanser payudara. Bagi mereka yang hamil kali pertama selepas usia 35 tahun mempunyai risiko dua hingga tiga kali lebih tinggi berbanding dengan populasi yang ada wanita muda darinya.

Kajian secara epidemiologi ke atas karsinoma payudara menunjukkan terdapatnya beberapa faktor yang berhubungkait dengan peningkatan risiko mengalami karsinoma payudara. Antara faktor yang berkaitan termasuklah tahap pemakanan dan status sosioekonomi yang tinggi. Ini kerana jaminan atau kemajuan kesihatan yang baik menyebabkan usia matang dicapai lebih awal sebaliknya masa menopos dilambatkan. Keadaan ini membenarkan epitelium payudara membahagi secara aktif dan amat peka terhadap aruhan karsinogenik untuk jangka masa yang panjang. Simpton kanser payudara ditunjukkan dengan kehadiran ketulan pada payudara, pendarahan puting payudara dan perubahan bentuk payudara tersebut.

No comments:

Post a Comment