- Gaya pembelajaran hubungan sosial antara rakan dan keadaan untuk maklum balas segera.
- Peluang mengulangi untuk mempraktis sesuatu tugas di bawah pemerhatian rakan.
- Mempraktis tugas di bawah keadaan menerima maklum balas dari rakan segera.
- Boleh berbincang denan rakan aspek tugas yang spesifik.
- untuk melihat dan faham bahagian dan urutan dalam bahagian dalam mempersembahkan tugas.
- Mempraktis tugas tanpa guru memberi maklum balas atau mengetahui bila kesalahan dibetulkan.
- Untuk memperkembangkan kesabaran, toleransi dan dignity required untuk berjaya dalam proses.
- Untuk mengalami keputusan, untuk melihat rakan berjaya.
- Untuk memperkembangkan hubungan sosial yang goes beyond the task.
- Lebih keputusan kepada pelajar.
- Lebih cepat pelajar mengetahui persembahannya, lebih besar peluang untuk membaiki persembahan.
- Berpasangan, setiap mereka berperanan spesifik, sebagai pelaku, sebagai penyelia, guru melibatkan diri dalam pasangan.
- Peranan guru memerhatikan pelaku dan penyelia tetapi berkomunikasi hanya dengan penyelia.
- Tugas guru memberitahu pelajar bahawa tujuan stail ini ialah bekerjasama denan rakan dan belajar memberi maklum balas kepada pasangan.
Saturday, June 23, 2012
Stail Resiprokal ( Stail C)
Kesahan
Instrumen sesuatu pengukuran dikatakan sah apabila ia benar-benar mengukur apa yang sepatutnya diukur.
- Kesahan logikal: jelas mengukur prestasi lakuan yang terlibat (cth: ujian lompat jauh berdiri untuk ukur kuasa kaki seseorang)
- Kesahan kandungan: berdasarkan hubungan yang sistematik di antara pengukuran kriteria dengan pengukuran lain yang digunakan untuk menganggar sesuatu kriteria.
- Kesahan sejajar: tentu kriteria terlebih dahulu dan gunakan ke atas ujian yang sama sebagai pengganti.
- Kesahan jangkaan: menjangkakan kejayaan atlet di dalam sesuatu jenis sukan untuk dipilih mengikuti persekolahan di Sekolah Sukan.
- Kesahan konstruk: dikaitkan dengan keputusan ujian ke atas beberapa ciri tingkah laku atau tahap prestasi atlet (cth; wakil sekolah dengan yang tidak wakil sekolah)
Prinsip Pengujian dan Pengukuran PJ.
- Lebih berkesan jika ia dapat dilakukan dengan penuh bermakna.
- Seharusnya mempunyai perkaitan terus dengan matlamat dan ovbjektif PJ.
- Seharusnyua digunakan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran PJ.
- Teknik pengukuran dan penilaian yang digunakan adalah bersifat objektif dan subjektif.
- Guru PJ perlu bersifat profesional.
- Berikan arahan dan latihan terlebih dahulu sebelum menjalankan ujian.
- Ujian sepatutnya dijalankan oleh guru Pendidikan Jasmani yang sudah terlatih.
- Mentafsirkan maklumat hasil daripada pengukuran berdasarkan piawai rujukan kriteria dan piawai rujukan normal.
- Menggunakan bentuk penilaian formatif dan sumatif.
Tuesday, June 19, 2012
Tujuan pengukuran dan penilaian
Penentuan status
Mengikut Kirkendall, Gruber dan Johnson (1987), penentuan
status meliputi pemberian gred, mengecualikan pelajar dari sesuatu aktiviti,
memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi pelajar, menetap seseorang
individu di dalam kumpulan tertentu atau menentukan aktiviti tertentu.
Pengklasifikasikan
individu mengikut kumpulan
Pelajar yang menghadiri diri di dalam kelas pendidikan
jasmani memiliki pelbagai kebolehan. demi memanuhi tujuan pengajaran yang lebih
berkesan, mereka perlu diasingkan mengikut kebolehan masing-masing. Penilaian membolehkan mereka dikumpulkan ke
dalam kumpulan yang sesuai dengan kebolehan mereka.
Tujuan pemilihan
Penilaian digunakan untuk tujuan membuat pilihan wakil
daripada kumpulan pelajar yang besar.
Motivasi
Penilaian boleh memberikan maklum balas prestasi kepada
seseorang individu jika penilaian dilaksanakan dengan baik dan
diinterp;retasikan dengan betul, maka ia memberi kesan positif kepada pelajar
berkenaan. sebaliknya, kika keputusan penilaian disalahgunakan, maka kesan
negatif akan timbul dan ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi hampa dan
putus asa.
Pengekalan mutu
Penilaian boleh digunakan untuk menentkan pencapaian objektif
program pendidikan jasmani. Penilaian
memberi maklum balas sama ada program tertentu berkesan atau tidak berkesan
untuk memberi faedah kepada pelajar.
Sekiranya program tersebut tidak memberi manfaat, ia boleh diubah untuk
memastikan objektif yang dirancanag dapat dicapai.
Membekalkan maklumat
Penilaian membolehkan seseorang itu mengetahui diri sendiri,
misalnya tahap kecergasannya. Ia
membolehkan seseorang itu mengetahui kelemahan dan kelebihan masing-masing.
Bagi pihak guru pula, penilaian digunakan untuk mengetahui sama ada kaedah
pengajarannya berkesan atau sebaliknya.
Guru boleh mengetahui kelebihan dan kekurangan dalam penyampaiannya.
Mengendalikan kajian
Kajian memerlukan maklumat yang tepat dan penilaian yang
dilaksanakan dengan prosedur yang betul boleh memberi maklumat untuk tujuan
tersebut.
Isu dalam pengukuran dan penilaian PJ
- Usaha untuk menentukan prestasi PJ dalam kalangan murid adalah perkara yang agak sukar kerana terdapat banyak ujian yang tidak mempunyai prosedur yang lengkap dan ini masih digunakan oleh guru di sekolah.
- Kesukaran untuk mendapatkan bateri ujian yang sesuai dan menggunakan ujian yang tidak mempunyai kesahan.
- Ujian yang sudah lama dan tidak sesuai menghasilkan keputusan yang tidak tepat.
- Penggunaan pengukuran dan ujian yang tidak tekal.
- Pencapaian yang diperolehi tidak menunjukkan prestasi yang sebenar.
- Guru tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran membentuk rubrik pemarkahan untuk menilai kemahiran teknikal asas sesuatu sukan.
- Keputusan penilaian tidak dilaporkan atau didokumentasi.
- Domain pembelajaran atau kemahiran yang diajar tidak dinilai secara seimbang.
Pengukuran dan Penilaian Pendidikan Jasmani
Kuantitatif
Penilaian boleh dinyatakan dalam bentuk gred dan nombor.
Kualitatif
Penilaian yang menggunakan data yang dinyatakan dalam bentuk kualiti seperti cantik, minat dan bosan.
Prosedur penilaian
1. Persediaan ujian
2. Pentadbiran ujian
3. Pemeriksaan jawapan ujian
4. Analisis ukuran
5. Interpretasi dan tindakan susulan.
Faktor yang memberi kesan kepada kebolehpercayaan
1. sifat sedia ada pada diri murid yang diuji-setiap murid mempunyai tahap ke cergasan motor yang berbeza.
2. pelaksanaan ujian yang mengambil masa terlalu panjang
3. mengadakan ujian yang sukar dilakukan oleh pelajar.
4. suasana menjalankan ujian, pertimbangan terhadap persekitaran tempat dan pengurusan kelas dan kumpulan ujian.
5.prosedur pentadbiran ujian.
6. arahan yang jelas
7. kesediaan murid yang diuji.
8. ketepatan mengira skor dan penetapan bilangan percubaan bagi setiap ujian.
9. tahap kecekapan penguji.
Penilaian boleh dinyatakan dalam bentuk gred dan nombor.
Kualitatif
Penilaian yang menggunakan data yang dinyatakan dalam bentuk kualiti seperti cantik, minat dan bosan.
Prosedur penilaian
1. Persediaan ujian
2. Pentadbiran ujian
3. Pemeriksaan jawapan ujian
4. Analisis ukuran
5. Interpretasi dan tindakan susulan.
Faktor yang memberi kesan kepada kebolehpercayaan
1. sifat sedia ada pada diri murid yang diuji-setiap murid mempunyai tahap ke cergasan motor yang berbeza.
2. pelaksanaan ujian yang mengambil masa terlalu panjang
3. mengadakan ujian yang sukar dilakukan oleh pelajar.
4. suasana menjalankan ujian, pertimbangan terhadap persekitaran tempat dan pengurusan kelas dan kumpulan ujian.
5.prosedur pentadbiran ujian.
6. arahan yang jelas
7. kesediaan murid yang diuji.
8. ketepatan mengira skor dan penetapan bilangan percubaan bagi setiap ujian.
9. tahap kecekapan penguji.
Subscribe to:
Posts (Atom)