Tuesday, June 19, 2012

Tujuan pengukuran dan penilaian


Penentuan status
Mengikut Kirkendall, Gruber dan Johnson (1987), penentuan status meliputi pemberian gred, mengecualikan pelajar dari sesuatu aktiviti, memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi pelajar, menetap seseorang individu di dalam kumpulan tertentu atau menentukan aktiviti tertentu.


Pengklasifikasikan individu mengikut kumpulan
Pelajar yang menghadiri diri di dalam kelas pendidikan jasmani memiliki pelbagai kebolehan. demi memanuhi tujuan pengajaran yang lebih berkesan, mereka perlu diasingkan mengikut kebolehan masing-masing.  Penilaian membolehkan mereka dikumpulkan ke dalam kumpulan yang sesuai dengan kebolehan mereka.
Tujuan pemilihan
Penilaian digunakan untuk tujuan membuat pilihan wakil daripada kumpulan pelajar yang besar.

 
Motivasi
Penilaian boleh memberikan maklum balas prestasi kepada seseorang individu jika penilaian dilaksanakan dengan baik dan diinterp;retasikan dengan betul, maka ia memberi kesan positif kepada pelajar berkenaan. sebaliknya, kika keputusan penilaian disalahgunakan, maka kesan negatif akan timbul dan ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi hampa dan putus asa.
Pengekalan mutu
Penilaian boleh digunakan untuk menentkan pencapaian objektif program pendidikan jasmani.  Penilaian memberi maklum balas sama ada program tertentu berkesan atau tidak berkesan untuk memberi faedah kepada pelajar.  Sekiranya program tersebut tidak memberi manfaat, ia boleh diubah untuk memastikan objektif yang dirancanag dapat dicapai.
Membekalkan maklumat
Penilaian membolehkan seseorang itu mengetahui diri sendiri, misalnya tahap kecergasannya.  Ia membolehkan seseorang itu mengetahui kelemahan dan kelebihan masing-masing. Bagi pihak guru pula, penilaian digunakan untuk mengetahui sama ada kaedah pengajarannya berkesan atau sebaliknya.  Guru boleh mengetahui kelebihan dan kekurangan dalam penyampaiannya.
Mengendalikan kajian
Kajian memerlukan maklumat yang tepat dan penilaian yang dilaksanakan dengan prosedur yang betul boleh memberi maklumat untuk tujuan tersebut.

No comments:

Post a Comment