Thursday, December 24, 2009

PERATURAN PENDIDIKAN LUAR

Peraturan dan arahan tetap perkhemahan dalam Kursus Pendidikan Luar perlu diadakan dan dikuatkuasakan supaya program dapat berjalan dengan lancar, berdisiplin, selamat dan mencapai objektif.
Peraturan perkhemahan perlulah menyeluruh, mudah difahami dan diterima pakai oleh semua.

1. Peserta mesti mematuhi semua arahan, jadual aktiviti dan melibatkan diri secara menyeluruh dalam program.

2. Peserta hendaklah menjalinkan hubungan silaturahim, kenal mengenali dan hormat menghormati antara satu sama lain.

3. Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau apabila masuk waktu.

4. Peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program yang diatur.

5. Peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan yang disediakan. Dilarang merosak atau memindahkan peralatan ke tempat lain tanpa kebenaran.

6. Peserta dilarang merokok.

7. Dilarang membuang sampah di merata-rata tempat dan menjadi tanggungjawab peserta menjaga kebersihan kawasan.

8. Peserta dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok dan perlu mengamalkan mesra alam sekitar.

9. Peserta dilarang membunuh fauna dan merosakkan habitatnya.

10. Peserta lelaki dilarang masuk ke kawasan perkhemahan perempuan ddan juga sebaliknya tanpa kebenaran.

11. Pergaulan yang sihat secara beramai adalah dibenarkan tetapi berpasangan lelaki dan perempuan sepanjang perkhemahan adalah ditegah.

12. Peserta mesti sentiasa berpakaian kemas dan dilarang memakai selipar atau kain pelikat ketika di dewan makan atau keluar daripada kawasan perkhemahan.

13. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali.

14. Peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah selepas jam 12.00 tengah malam.

15. Peserta dilarang memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa kebenaran.

16. Peserta yang melanggar peraturan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa/Urusetia.

17. Peserta dilarang membeli makanan dan minuman dari luar semasa aktiviti tanpa kebenaran.

18. Peserta di larang keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi dengan kebenaran.

19. Peserta mesti bertanggungjawab terhadap penjagaan diri, peralatan dan harta persendirian.

20. Peserta dilarang membakar dalam kawasan perkhemahan tanpa kebenaran.

21. Penggunaan peralatan berbahaya dan berisiko perlu mendapat kebanran dan pengawasan jurulatih/fasilitator.

22. Peserta dilarang beriteraksi dengan orang luar yang tidak dikenali tanpa kebenaran.

23. Peserta dilarang menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran.

24. Peserta mesti mematuhi lain-lain arahan mengenali keselamatan dari masa ke semasa jika difikirkan perlu.

No comments:

Post a Comment