Wednesday, December 23, 2009

Terapi Pernafasan Dalam Sukan.

Sukan menyediakan terapi pernafasan kepada atlet-atletnya. Mengapa demikian? Pada hal beberapa sukan lain ada yang tidak diajarkan terapi pernafasan pada atlet mereka. Alasannya adalah demikian:

Pernafasan bukanlah sekadar melatih untuk membangkitkan tenaga, tetapi juga bagaimana menyalurkan tenaga tersebut untuk menyerang, menolak atau melempar dalam gerakan yang cepat. Bahkan pernafasan seharusnya dapat digunakan untuk mempercepat gerakan seseorang. Untuk itu, diperlukan pembentukan otot yang besar sebelum diberikan terapi pernafasan.

Terapi pernafasan dapat membentuk otot dan postur tubuh. Mereka dilatih untuk melakukan seluruh teknik dengan kecepatan yang tinggi dan tenaga yang banyak. Ada yang belajar terapi pernafasan untuk menguatkan badan, meringankan tubuh, bahkan terapi pernafasan boleh digunakan untuk tujuan perubatan dengan segala macam teorinya. Ketahuilah bahawa terapi pernafasan, untuk apapun tujuannya, tidaklah semudah apa yang dikatakan. Terapi pernafasan memerlukan latihan dan teknik yang betul supaya ia lebih efektif.


Pernafasan adalah satu proses yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Sejak bermulanya kehidupan manusia sehingga saat akhir kehidupan mereka memerlukan pernafasan. Manusia bernafas secara puratanya adalah 30,000 kali dalam sehari. Oleh itu corak dan cara pernafasan menentukan tahap kesihatan seseorang. Cara seseorang itu bernafas juga memberi kesan yang besar terhadap corak kehidupan seseorang. Jika dikaji rentak dan cara seseorang itu bernafas akan memberikan gambaran yang jelas terhadap emosinya dan mental mereka. Namun kita telah dilazimkan bahawa corak pernafasan adalah satu perkara di luar kawalan manusia maka kita langsung mengabaikan latihan yang sepatutnya banyak membantu kita untuk meringankan masalah dalam diri. Kajian perubatan mengatakan bahawa latihan pernafasan yang betul serta dalam semasa tertekan , membantu kita mencapai ketenangan. Kesedaran tentang penggunaan terapi pernafasan ini telah wujud sejak beribu tahun dahulu dan telah digunakan dalam agama dan budaya secara meluas. Dalam agama ia digunakan secara meluas dalam meditasi dan upacara sembahyang.

Bernafas dengan efektif adalah teknik releksasi yang penting. Pernafasan yang dalam akan membekalkan cukup oksigen kepada sel badan, ini akan menghasilkan ketenangan kepada badan dan minda. Pernafasan merupakan asas kepada kehidupan dan ia merupakan satu sistem fisiologi yang terpenting untuk menjalankan aktiviti harian individu. Pernafasan meningkatkan fungsi respiratori, gerak balas jantung, meningkatkan pengoksidaan darah dan menenangkan saraf. Cara pernafasan yang mendalam dan terkawal dapat membantu menjalankan latihan dengan lebih sempurna. Oleh itu setiap individu perlu mengetahui cara pernafasan yang terkawal kerana ini akan memberikan kesan serta merta dalam mengawal tekanan.

Kemahiran otot ke minda yang utama adalah terapi pernafasan di mana atlet menarik nafas dengan dalam dan secara perlahan-lahan. Kemahiran latihan ini adalah seperti :-

a. Pernafasan sepenuhnya
b. Menghembus nafas dengan penuh kelegaan (sighing with exhalation)
c. Pernafasan beritma.

Aspek utama pernafasan ialah ada perkaitan antara pernafasan dengan emosi, pemikiran dan tingkahlaku manusia. Terdapat sesetengah pendapat menyatakan ia mempunyai kaitan antara psikologi dan fisiologi manusia dalam kehidupan seharian. Terapi pernafasan ini dikaitkan dengan pemikiran, tubuh badan manusia dan jiwa. Ilmu kejiwaan telah mencadangkan supaya terapi pernafasan ini dipraktikkan untuk mengurangkan masalah tekanan emosi seseorang. Ada pendapat menyatakan bahawa pernafasan akan memberikan kesan ke atas cara pemikiran dan perlakuan manusia. Terdapat satu hubungan yang terus antara pernafasan dengan kehidupan manusia. Pernafasan boleh digunakan untuk menukar tahap mental dan emosi individu.

No comments:

Post a Comment