1.0 PENGENALAN
Definasi pergerakan adalah sebarang bentuk gerak (movement) yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Pergerakan Lokomotor dan Manipulasi Peralatan Semasa Aktiviti Lokomotor:
2.0 PERGERAKAN LOKOMOTOR KREATIF
Pergerakan lokomotor secara kreatif dapat dilakukan dengan menyerapkan empat aspek pergerakan, iaitu
2.1 Ruang
Ruang ialah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ia terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan. Ruang diri dan ruang am meliputi bahagian kawasan seperti : a) aras - tinggi, sederhana, rendah b) arah - hadapan, belakang sisi, atas, bawah c) aliran - awangan, lantai, lurus, berliku-liku, zig-zag d) ekstensi - mengecil, membesar
2.2 Masa
Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawal-lambat dan serta-merta. Kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaan ruang yang ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat. a) Serta-merta - Pergerakan dilakukan dalam masa yang singkat. Pergerakan ini cepat, tegas, spontan dan dinamik. b) Kawal-lambat - Pergerakan yang perlahan, mengambil masa dan dapat dikawal. Lakuannya lambat, licin, beralun dan berayun, boleh dirasakan sebagai sesuatu yang tidak perlu cepat atau tergesa-gesa.
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Pergerakan Lokomotor dan Manipulasi Peralatan Semasa Aktiviti Lokomotor
2.3 Beban
Aspek beban merupakan kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang. Kualiti pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan dan keupayan otot semasa melakukan pergerakan. a) Halus-ringan - Lakuan pergerakan yang lembut, halus dan sensitif menggunakan kekuatan otot yang ringan semasa bergerak bebas dan setempat. b) Berat-kuat - Lakuan pergerakan yang tegas, kuat, bertenaga dan pantas. Memerlukan tenaga dan menggunakan otot-otot yang kuat.
2.4 Aliran
Aspek aliran merupakan beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusan dan licin. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan secara aliran bebas dan aliran terikat.
3.0 PERGERAKAN LOKOMOTOR
Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang.
3.1 Konsep Pergerakan Lokomotor
Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.
3.1.1 Arah:
Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke kiri atau ke kanan
3.1.2 Haluan
Haluan ialah melibatkan corak gerakan contohnya samada boleh dalam bentuk lurus, bengkang bengkok, zig zag dan lain-lain Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Pergerakan Lokomotor dan Manipulasi Peralatan Semasa Aktiviti Lokomotor
3.1.3 Masa
Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan, masa boleh dalam keadaan cepat atau pelahan, dengan cara tiba-tiba atau terkawal
3.2 Bentuk Pergerakan Lokomotor
3.2.1 Berjalan
Di antara aktiviti berjalan yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: a) Jalan berundur dan kemudian ke hadapan b) Berjalan dengan melakonkan gaya robot atau askar permainan berjalan c) Berjalan dengan melakonkan gaya gegasi berjalan d) Berjalan dengan melakonkan gaya cara gorila berjalan e) Berjalan dengan melakunkan gaya meredah semak f) Berjalan dengan melakunkan gaya gajah berjalan g) Berjalan dengan melakunkan gaya anjing cedera di kaki berjalan h) Berjalan dengan melakunkan gaya patung berjalan i) Berjalan naik tangga
3.2.2 Berlari
Di antara aktiviti berlari yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: a) Berlari setempat dengan ayunan tangan yang lurus b) Berlari dengan pelahan serta lutut diangkat tinggi. c) Berlari pantas dan beransur-ansur pelahan d) Berlari dan berhenti apabila syarat di berikan dan berhenti apabila isyarat e) di berikan dan berlari semula f) Berlari kehadapan serta berundur kesisi g) Berlari mengikut seorang ketua Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Pergerakan Lokomotor dan Manipulasi Peralatan Semasa Aktiviti Lokomotor h) Berlari dengan pelbagai kelajuan berdasarkan arahan i) Berlari mengikut arah zig zag j) Lari beberapa langkah dan kemudian melompat
3.2.3 Melompat
Di antara aktiviti melompat yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Melompat seperti rusa melompat pagar 2. Melompat tali atau garisan di atas lantai 3. Melompat halangan yang di tinggikan sedikit dari paras lantai 4. Melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan 5. Melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat 6. Melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat 7. Melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat 8. Melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat 9. Melompat sambil mengubah arah lompatan.
No comments:
Post a Comment