• Pendidikan Jasmani merupakan:
– suatu proses pembelajaran yang membantu perkembangan tingkah laku manusia dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial;
– bertujuan meningkatkan pengetahuan spesifik, kemahiran dan kefahaman untuk meningkatkan bakat semulajadi/prestasi individu melalui aktiviti fizikal terpilih untuk mencapai keputusan yang dikehendaki.
• Perkembangan ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan kepada memperkembangkan dan mempertingkatkan potensi individu yang seimbang dan harmonis untuk membentuk individu yang berketrampilan.
– Freeman (1997) menjelaskan bahawa PJ merupakan aktiviti fizikal yang bermatlamatkan pendidikan:
• PJ berbeza daripada bidang-bidang lain kerana menumpukan kepada pembangunan keseluruhan individu;
• PJ memberi perhatian kepada kualiti fizikal, mental dan emosi.
• Pendidikan Jasmani berkait rapat:
– pemilikan dan penghalusan kemahiran motor;
– pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik terhadap aktiviti;
– memperoleh pengetahuan; dan
– pembangunan sikap-sikap positif
terhadap aktiviti fizikal
• PJ sebahagian program pendidikan yang menyeluruh:
– dapat menyumbang melalui pengalaman pergerakan terhadap pertumbuhan dan pembangunan secara total bagi semua kanak-kanak (pendidikan melalui pergerakan)
• Pengisian dan kandungan pelajarannya menitikberatkan semua domain pembelajaran:
– psikomotor; (kemahiran motor)
– kognitif; (penguasaan pengetahuan) dan
– afektif (sikap, apresiasi & pemupukan nilai-nilai murni)
• Nilai-nilai murni dalam PJ:
– Semangat kesukanan
– Permainan bersih (fairplay)
– Toleransi
– Semangat berpasukan
– Disiplin
– Berdaya saing
– Kepimpinan
– Penyertaan
• Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses pembelajaran yang membantu perkembangan tingkahlaku dari segi jasmani, emosi, rohani,intelek da sosial.
• Ia melibatkan aktiviti fizikal yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan spesifik, kemahiran dan kefahaman untuk meningkatkan bakat semulajadi individu
• - selaras dengan FPK
• Jenny ( 1961 ) PJ bukan sahaja memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal malah yang tidak bercorak fizikal;
• Barrow ( 1971 ) the total education experience…meletakkan PJ dalam konteks ‘pengalaman pendidikan secara menyeluruh dan berkaitan dengan hal seumur hidup setiap individu;
• Balley & Field ( 1976 ) PJ adalah satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelek, sosial budaya, emosional dan estetika hasil daripada aktiviti fizikal yang menyeronokkan;
No comments:
Post a Comment