Monday, February 20, 2012

PRINSIP SEKOLAH SELAMAT

Menurut Quin Mary Magee et al. (1998) terdapat lapan prinsip bagi sekolah yang mempunyai

persekitaran selamat dan pembelajaran yang efektif. Prinsip-prinsip tersebut ialah:

a. Sekolah selamat merupakan urusan semua warga sekolah

Para pentadbir, staf dan murid harus memahami peraturan dan akibatnya. Justeru, langkah pertama ke arah persekitaran yang selamat, bebas daripada dadah dan pembelajaran yang berkesan komitmen menyeluruh dalam sekolah terhadap tingkah laku yang baik dan mematuhi peraturan amatlah diperlukan.

b. Sekolah selamat adalah sebuah keluarga

Para pendidik dan para murid merupakan ahli sebuah keluarga. Disiplin dan sokongan

terhadap tingkah laku positif dan aktiviti perlulah melibatkan semua kakitangan dan murid.

c. Sekolah selamat adalah sekolah yang perihatin terhadap nilai

Sekolah selamat mewujudkan dan menyokong usaha untuk sentiasa prihatin dan mengenalpasti kepelbagaian keperluan dan menghormati semua murid.

d. Sekolah selamat menetapkan piawaian akademik yang tinggi

Murid yang belajar dengan baik akan berkelakuan baik. Kebanyakan masalah tingkah laku murid sebahagiannya berpunca daripada kekecewaan akibat gagal dalam pembelajarannya. Oleh itu jangkaan dan piawai akademik yang tinggi amat perlu dan sekolah juga perlu dan bersedia membantu murid mencapai piawaian tersebut.

e. Sekolah selamat menetapkan piawai tingkah laku yang tinggi

Sekolah bukan sahaja menetapkan piawai tingkah laku yang tinggi tetapi juga sentiasa bersedia membantu murid mencapai piawaian tersebut. Guru-guru yang terlatih memainkan peranan dengan bantuan dan sokongan pentadbir akan menghasilkan persekitaran yang positif lalu mewujudkan tingkah laku yang bersesuaian dan membina.

f. Sekolah selamat adalah mengamalkan pengurusan strategik

Pihak pengurusan sekolah sentiasa membuat penilaian terhadap keperluan-keperluan, menyedia dan melaksanakan kajian berdasarkan strategi dan menyelaraskan perkhidmatan bagi mengenal pasti keperluan semua murid.

h. Sekolah selamat mempersepsikan sekolah sebagai sebahagian daripada komuniti

Sekolah melibatkan ibubapa, pihak agensi kerajaan dan bukan kerajaan, ahli-ahli perniagaan, para remaja, pegawai kebajikan masyarakat dan lain-lain pihak untuk mewujudkan sekolah dan komuniti yang selamat.

No comments:

Post a Comment