Terdapat pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kepelbagaaian cara dapat mengatasi masalah yang dijangkakan atau tidak terutamanya dalam pengajaran Pendidikan Jasmani yangdijalankan bukan sahaja di bilik darjah tetapi di luar bilik darjah dengan pelbagai situasi rangsangan. Oleh itu kaedah pengajaran yang menekankan prinsip-prinsip pengajaran berikut perlu diguna pakai sebagai satu panduan sahaja.
Penulisan objektif pengajaran yang berteraskan kepada psikomotor, kognitif dan afektif yang sebaiknya perlu menekankan perkara berikut iaitu
i. kemahiran yang khusus (specific)
ii. boleh diukur (measureable)
iii. boleh dicapai (attainable)
iv. munasabah (rational)
v. masa yang mencukupi (time)
Perkara-perkara berikut perlu difikirkan sebelum merancang satu sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
a. Dedahkan hanya satu kemahiran baru sahaja dalam sesuatu kemahiran yang diajar bagi satu sesi pengajaran.
b. Masa yang mencukupi untuk sesuatu gerak kerja yang dijalankan.
c. Masa perlu dihadkan bagi setiap gerak kerja untuk mengawal perjalanan kelas.
d. Beri peluang kepada murid untuk berlatih atau malakukan latih tubi atau mengambil bahagian sepenuhnya dalam satu sesi pengajaran.
e. Latih tubi secara beransur maju dengan mempelbagaikan gerak kerja dan bentuk latihannya perlu ada kesinambungan atau berhubungkait.
f. Adakan pertandingan bersyarat / permainan kecil yang boleh menimbulkan motivasi murid atau perangsang.
g. Langkah-langkah mengajar perlu mengandungi aspek 5P
P1 - Penerangan (semasa, maklumbalas)
P2 - Praktik (pengelolaan)
P3 - Pelakuan (tunjuk cara, tepat, berulang)
P4 - Permainan / pertandingan
P5 - Penyeliaan / pembetulan
h. Pengajaran latihan perlu dirancang terlebih dahulu.
i. Guru perluberada di tempat yang strategik semasa memberikan arahan agar mudah dilihat oleh murid-murid.
j. Elakkan bercakap / memberi arahan selagi murid tidak menumpukan atau memberikan perhatian.
k. Penilaian / refleksi perlu dijalankan untuk mengesan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
No comments:
Post a Comment