Tuesday, July 10, 2012

KELEMAHAN TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME

  1. Teknik peneguhan hanya sesuai diaplikasikan kepada pengajaran tetapi tidak kepada masalah pengajaran. Teori ini hanya tertumpu kepada tingkah laku yang boleh dilihat sahaja tanpa mempedulikan yang terselindung, seperti aktiviti mental.
  2. Teori ini gagal dipraktikkan dalam aplikasi latihan ketenteraan, seperti mengesan masalah utama bagi mengenal pasti bahan yang perlu diajar.
  3. Teori Behaviorisme hanya relevan dengan tingkah laku yang dilihat dan menyediakan istilah-istilah yang tidak berguna semasa menentukan objektif  untuk pembelajaran.  Ada kalanya, objektif tingkah laku tidak dapat menentukan tingkah laku yang hendak diajar dan seterusnya menyebabkan pengajar keliru dan tidak pasti sama ada dia harus memberikan tumpuan terhadap ujian ataupun kepada objektif pembelajaran.
  4. Tidak ada langkah yang boleh diikuti untuk melaksanakan teori ini.  Secara praktisnya, seseorang pendidik behavioris perlu bersandar pada pengajaran konvensional untuk mereka bentuk dan menjalankan langkah-langkah mengikut urutan.

1 comment: