Pendidikan Jasmani
merupakan subjek teras di setiap sekolah yang mana ianya tidak diabaikan
kerana subjek ini melibatkan ketahanan fizikal dan mental malahan kita
juga boleh melibatkannya dengan pendekatan rohaniah. Namun bagaimana
pula dengan gerak kerja pendidikan jasmani di sekolah rendah yang
kesemua pelajarnya lingkungan 7 tahun hingga 12 tahun?
Lingkungan umur tersebut
merupakan lingkungan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Ketika ini
kanak-kanak suka akan sesuatu yang baharu malahan mereka juga akan lebih
dekat dengan alam jika dipupuk. Hal ini disebabkan pertumbuhan mereka
seiring dengan perkembangan otak dan minda mereka yang ingin mengenali
dunia.
Maka, oleh itu, permainan
kecil amat sesuai untuk mereka kerana ianya tidak melibatkan terlalu
banyak pergerakan malahan ianya bertujuan untuk menyihatkan tubuh badan
dan otak selain ianya juga menyeronokkan. Aplikasi permainan kecil ini
melibatkan penggunaan bahan dan juga hanya menggunakan tempat yang
sederhana sahaja.
Setiap permainan kecil
tersebut hendklah berasaskan TGFU iaitu Teaching Games For
Understanding. TGFU mempunyai empat asas yang mana telah diterokai oleh
Rod Thorpe dan David Bunker sekitar tahun 1970-an dan awal 1980-an.
Perkembangan penggunaan asas TGFU ini semakin berkembang hingga ke hari
ini setelah beberapa kajian dan sebab relevan dalam aplikasi TGFU.
No comments:
Post a Comment