Sunday, August 12, 2012

BAGAIMANA KAJIAN TINDAKAN DILAKUKAN


Kajian tindakan mempunyai beberapa langkah asas dalam melaksanakan kajian ini. Langkah-langkah ini adalah panduan asas bagi seseorang penyelidik (guru) untuk memulakan kajian berhubung dengan masalah yang perlu diselesaikan. Antara langkah-langkah dalam melaksanakan kajian tindakan ini ialah:
  1. Merancang - perancangan yang teliti, memudahkan pencapaian matlamat kajian.
  2. Mencari masalah atau isu - mengenalpasti masalah yang wujud dalam bilik darjah atau di sekolah yang berkaitan dengan P&P.
  3. Memahami masalah dengan lebih mendalam
  4. Tujuan kajian untuk mencapai kecemerlangan - guru perlu jelas dengan tujuan kajian supaya langkah-langkah untuk mencapai tujuan itu dapat ditentukan dan dirancang dengan teliti.
  5. Mengumpul Data - sebelum mengumpul data, senaraikan semua aspek yang berkaitan dengan masalah/isu yang hendak ditangani.
  6. Menganalisis data - mengelompokkan data daripada catatan guru, murid dan rakan guru mengikut tajuk, kemahiran, kategori atau sebagainya.
  7. Merancang Aktiviti
    • Aktiviti boleh dilaksanakan oleh guru dan murid di dalam bilik darjah.
    • Penyelidik (guru) mempunyai bidang kuasa untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut.
    • Elak aktiviti yang bertujuan untuk mengubah amalan pihak lain yang berada di luar bilik darjah.
    • Rancang aktiviti yang boleh melibatkan murid sepenuhnya.
  8. Bertindak - melaksanakan aktiviti dengan cara "try & error". Proses ini dilaksanakan berterusan sehingga berlaku perubahan prestasi pada pelajar.
  9. Pemerhatian - Buat catatan terperinci semasa membuat pemerhatian. Langkah pemerhatian haruslah diberi penelitian yang terperinci supaya proses mengutip data berjalan dengan licin dan data yang dikutip menepati keadaan yang sebenar.
  10. Merefleksi - menghurai dan memikirkan dengan menyeluruh segala aspek berkaitan dengan permasalahan P&P serta reaksi penyelidik dan murid semasa kajian dilakukan (kesulitan, kejayaan, kelemahan, keseronokan, keinsafan dan sebagainya setelah melaksanakan kajian).

No comments:

Post a Comment