Bermain ialah suatu aktiviti dan kualiti fikiran dalam terlibat dengan pandangan dunia seseorang. Bermain merujuk kepada berbagai kegiatan sukarela, termotivasi intrinsik yang biasanya berkait dengan kesenangan dan keseronokan.
Bermain boleh terdiri dari interaksi lucu, pura-pura atau khayalan antara perseorangan dan dengan diri atau mainan. Amalan permainan jelas di seluruh dunia dan dapat dilihat pada manusia dan binatang, khususnya pada perkembangan kognitif dan sosialisasi mereka yang terlibat dalam proses perkembangan dan yang masih muda.
Bermain sering menggunakan alat peraga, alatan, binatang, atau mainan dalam konsteks pembelajaran dan rekreasi. Sesetengah permainan mempunyai tujuan yang jelas dan apabila distrukturkan dengan peraturan dipanggil suatu permainan. Sementara beberapa permainan tidak mempunyai peraturan atau tujuan dan dianggap tidak berstruktur.
Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keeronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.
Main sebagai penentu penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam perlbagai cara. Sebagai contoh, aktiviti fizikal yang dilakukan di dalam kelas. Melalui permainan yang melibatkan perlumbaan misalnya.
No comments:
Post a Comment